Anwar selamatkan 'tengkuk'


TIADA siapa yang merasa terhina dengan pengiktirafan Australia bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam moden seperti yang disuarakan oleh Perdana Menterinya, Julia Gillard.

Hanya Anwar dan kawan-kawannya dalam pakatan pembangkang saja yang menganggap pengiktirafan itu sebagai satu penghinaan. Tetapi bagi mereka yang cintakan negara pasti berbangga dengan pengiktirafan itu.

Anwar pemimpin diktator PKR

Hentikan pemilihan MPP PKR

PETALING JAYA 13 Nov. - Satu demi satu dakwaan mengenai ketidakadilan dalam proses pemilihan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dilontarkan oleh ahli-ahli parti itu.

Hari ini, sekumpulan 300 orang yang mendakwa ahli parti itu mengadakan demonstrasi di hadapan Pejabat PKR Pusat di sini bagi mendesak supaya pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang sedang berlangsung dihentikan.

Trojan Horse di dalam Umno Ampang

oleh : suara ampang point

AMPANG- Baru-baru ini Dato Seri Anwar Ibrahim, Pemimpin Pembangkang dengan terang-terangnya mengakui wujudnya "trojan horse" di dalam PKR. Namun begitu beliau enggan mendedahkan identiti siapa yang disebutkan begitu.

Penyelaras BN DUN Bkt Antarabangsa Makan Gaji Buta

oleh : suara ampang point

AMPANG - Penyelaras BN DUN Bukit Antarabangsa, Aziz Md Derus yang telah dilantik pada  tahun 2009 untuk bertindak sebagai "wakil rakyat BN" di Bukit Antarabangsa dilapurkan menerima gaji setaraf dengan wakil rakyat dan ini tidak termasuk peruntukkan hampir ratusan ribu ringgit yang disediakan untuk DUN tersebut bagi menjalankan pelbagai aktiviti dan program kemasyarakatan setempat.

I"ll give You One Year Zaid - You Will Know Who Azmin is

-suara ampang point 8/10/2010

AMPANG- Perletakan jawatan di dalam MPT oleh Datuk Zaid Ibrahim sememangnya sudah dijangkakan oleh penulis sewaktu berjaya menerumah beliau sebelum berlansungnya pemilihan jawatan MPP baru-baru ini.

Apa yang paling jelas dari raut wajah Datuk Zaid Ibrahim betapa beliau merasa begitu kecewa dengan sikap hipokrik MPT yang membelakangi prinsip perjuangan PKR yang dilaung-laungkan sepanjang ini. Politik kesedaran dan progresif hanyalah rethorik semata-mata demi meraih sokongan rakyat. Zaid sedar dirinya telah ditipu dengan omongan kosong MPP.

Zaid letak semua jawatan PKR, tarik diri saingan timbalan presiden

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Datuk Zaid Ibrahim meletakkan semua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden di sebalik siri dakwaan pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus.

Keputusan Zaid itu, yang diumumkan selepas kira-kira 18 bulan menyertai PKR, dilihat akan memberi kesan ke atas parti, diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat, yang sedang berusaha untuk kembali pulih daripada kekalahan dua pilihan raya kecil berturut-turut dan selepas sekumpulan wakil rakyatnya keluar parti awal tahun ini.

Perjuangan ahli-ahli PKR sia-sia, tiada penghujungnya


oleh : Abu Atif Ampang.

ORANG Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) mesti berani berdepan dengan kebenaran dan mengakui kebenaran. Walaupun kebenaran itu pahit dan ia tidak memihak kepada apa yang kita percaya. Kata Saidina Ali r.a: "Jangan kamu menghukum benar salah sesuatu pada orang yang menyuarakan, tetapi kenalilah kebenaran nescaya kamu kenali siapa orangnya."