P99 Bakal Menerima YB Baru?

oleh Suara Ampang Point

Sana-sini semua bercakap pasal tarikh keramat bila nak bubar Parlimen? Sampai ada yang dah cukup muak mendengarnya, baik di kedai-kedai kopi, mamak aka mapley, kopitiam, coffee-house, lobi hotel dan tidak terkecuali juga dalam jamban pun tidak lari dari mendengar ayat sebegitu.

Tetapi menarik untuk difikirkan bersama ialah Parlimen Ampang P99. Hasil dari mendengar pendapat, pandangan dan kebanyakkan keluhan serta rintihan dari rakyat jelata di Ampang ini baik dari pelbagai peringkat, rata-ratanya bersetuju bahawasanya mereka bersedia untuk menerima Ahli Parlimen yang baru. Alasannya sangat mudah, yang ada sekarang pun sama macam dulu, cakap tak serupa bikin!

Calon-Calon nya adalah.......

oleh Sideq Ab Rahman

Tarikh PRU13 semakin dinanti-nantikan oleh segenap lapisan rakyat Malaysia. Bilakah tarikh keramat yg bakal menentukan siapa yang bakal memerintah sebuah negara bernama Malaysia. Cukup bijak kah Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil alih tampuk kuasa dibawah Pakatan Rakyat?

Hampir cukup genap semenjak 8hb Mac 2008 pengundi Ampang memilih calon mereka. Pelbagai isu-isu yang ditimbulkan oleh pemerintah sedia ada mahupun pembangkang sering diwar-warkan di dalam dada-dada akhbar. Kedua-duanya saling serang menyerang dengan pelbagai permainan persepsi untuk meraih undi semasa PRU13 nanti.