oleh : suara ampang point
AMPANG- Baru-baru ini Dato Seri Anwar Ibrahim, Pemimpin Pembangkang dengan terang-terangnya mengakui wujudnya "trojan horse" di dalam PKR. Namun begitu beliau enggan mendedahkan identiti siapa yang disebutkan begitu.
Dato Seri Anwar Ibrahim, De Facto Leader PKR telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin muda yang berani memperjuangkan prinsip-prinsip yang dipegang dan sanggup melakukan apa sahaja untuk bos mereka seperti Ezam Mohd Nor, Hamdan Taha, Lokman Nor Adam, Tian Chua diantara mereka yang pernah dimasukkan di dalam ISA kerana mengikut dan menjalankan agenda rethorik Dato'Seri Anwar Ibrahim.
Apabila Ezam Mohd Nor dan rakan-rakan beliau yang lain keluar dari PKR dengan alasan tidak bersetuju dengan nilai-nilai yang diperjuangkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, dan masuk semula menyertai Umno, maka ramailah yang tidak berpuashati dan timbul bermacam teori mengenai kemasukkan semula Ezam ke dalam Umno.
Teori Ezam Mohd Nor adalah Trojan Horse merupakan satu teori yang sukar untuk kita pastikan kesahihannya dan juga kita tidak boleh sama sekali mengenepikan apa agenda sebenar Ezam Mohd Nor. Begitu juga dengan Azwandin Hamzah, pemimpin AMK Wilayah yang turut serta keluar dari PKR dan menyertai Umno semula.
Beliau telah diberikan sebuah cawangan di Bukit Antarabangsa oleh Umno Bahagian Ampang untuk bersama-sama dengan cawangan yang lain mengerakkan semula Umno di situ selepas ramai di antara ahli-ahli Umno di situ yang menyertai PKN sewaktu krisis Umno 1998.
Dari kesimpulan melalui pelbagai pandangan dan maklum balas yang diterima oleh kami, rata-ratanya tidak bersetuju dengan Azwan menjadi ketua cawangan kerana beliau adalah bekas ahli PKR yang mempunyai jawatan penting di dalam parti dan pernah mengecam hebat kerajaan melalui demostrasi jalanan dan pendedahan-pendedahan lain.
Azwandin, diberitakan menjalankan pelbagai rancangan jahat untuk menghuru-hara politik Umno Ampang dengan tujuan melemahkan jentera Umno Ampang dan dikatakan menjadi telinga dan mata kepada PKR. Penetrasi sebegini sudah pasti dapat membantu "bekas" sahabat beliau di dalam PKR "dahulu" ,YB Azmin Ali.
Sebagai Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia dia di lihat lebih banyak mencari "glamour" dan publisiti melalui pertubuhan bukan kerajaan tersebut untuk menjaja nama beliau di Ampang. Pertubuhan itu yang tidak mempunyai agenda yang jelas dan hala tujunya pernah juga mengkritik kerajaan dan menteri kabinet.
Beberapa sumber yang dipercayai mengesahkan beliau ditaja oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dan dibayar gaji oleh Datuk Muhkriz Mahatir melalui sebuah syarikat berasaskan gas dan petroleum yang berpengkalan di Singapura.
Beberapa sumber yang dipercayai mengesahkan beliau ditaja oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dan dibayar gaji oleh Datuk Muhkriz Mahatir melalui sebuah syarikat berasaskan gas dan petroleum yang berpengkalan di Singapura.
Seperti di dalam karya Virgil's - The Aeneid, Azwandin bermungkinan sengaja dikeluarkan dari PKR dan di masukkan di Umno Ampang untuk menjalankan agenda Azmin Ali dan mungkin juga sebahagian daripada strategi politik PKR memperkukuhkan lagi "teritory" mereka di Ampang.
Ada juga kebenarannya Trojan Horse ini wujud kerana pelbagai cerita yang diterima mengambarkan bahawa betapa Umno Ampang menjadi kucar kacir semenjak Azwandin diberikan cawangan di dalam parlimen Ampang.
haha apa punya bingai penulis blog ini... kata Azwandin itu kuda Trojan PKR tetapi macam mana pula Tun M dam Mukriz yang sponsor dia??
ReplyDeleteAku harap yang buka blog ni belajar dulu tulis blog , jangan dok main tibai macam yang bodo..hahaha!
kelakar-kelakar...sumber dari mana dapat pun x tahu lah....
ReplyDeletepenulis blog ini bodoh n tak sekolah kalau tidak tahu cara penulis sila belajar dulu
ReplyDelete