Perjuangan ahli-ahli PKR sia-sia, tiada penghujungnya


oleh : Abu Atif Ampang.

ORANG Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) mesti berani berdepan dengan kebenaran dan mengakui kebenaran. Walaupun kebenaran itu pahit dan ia tidak memihak kepada apa yang kita percaya. Kata Saidina Ali r.a: "Jangan kamu menghukum benar salah sesuatu pada orang yang menyuarakan, tetapi kenalilah kebenaran nescaya kamu kenali siapa orangnya."


Daripada kata-kata itu, jelas lagi nyata siapa orangnya yang dimaksudkan dalam negara kita sekarang ini. Jenis apa orangnya dan bagi PKR yang memperjuangnya adalah perjuangan sia-sia.

Malangnya umat Melayu hari ini lebih mengamalkan budaya politik memutar belit dan memalsukan fakta. Tidak ketinggalan ada maki hamun dan fitnah. Sekali lagi malang ramai yang berkelulusan tinggi tetapi berakal dangkal. Bukan dari golongan berakal apabila masyarakat hari ini dipenuhi berita palsu, khabar angin, saling memfitnah dan segala macam masalah yang menimpa umat.

Bagi mereka yang mendengar ceramah di masjid, surau, hanya menelan saja semua yang diceramahkan tanpa menilai kebenarannya. Ramai yang hanyut dalam cakap orang benar, tidak benar tidak diambil kira.

Kata Saidina Omar r.a: "Kebenaran itu berat dan pahit. Kebatilan itu ringan dan manis."

Kesimpulannya, wahai umat Melayu renungkanlah dan fikirlah kata-kata di atas. Tidak ada saat yang terlambat melainkan mati untuk kembali kepada kebenaran. Elakkanlah kerana orang seperti ini hanya menyebabkan masalah dan mengelirukan masyarakat.

Kita pinggirkan dan memohon Allah supaya dia bertaubat dan kembali kepada kebenaran. Yakinlah dengan ketentuan yang telah ditetapkan Allah. Jika Allah mengkehendaki hatta kamu menjadi Perdana Menteri maka jadilah Perdana Menteri.

Janganlah disalahgunakan kelebihan dan kehebatan berpidato yang dikurnia oleh Allah. Akhir sekali kepada semua umat Melayu janganlah kita bertindak dalam hidup ini seolah-olah dunia ini tiada Tuhan.

Kata dari Dr. Hamka: "Memandang kepada sesuatu tidak ada apa-apa. Memandang pada sesuatu yang sebenar- benarnya." Fahaman saya kepada orang tersebut memang tidak ada apa-apa, tetapi jika dipandang padanya, tahulah kita siapa dia.

No comments:

Post a Comment