Suara Ampang Point - Apa Kata Rakyat Ampang
Thursday, May 17, 2012
Monday, May 14, 2012
Azmin Ali & Zuraida - YB Yang Bangsat
Oleh Suara Ampang Point
".... mungkin juga YB Aiskrim sedang sibuk menepis masalah aiskrim yang kadang-kadang cepat cair dan YB Mak Lampir tengah sibuk mengira kutu dikepala yang membuatkannya mengilai ditenagh-tengah malam"
Irene Ferdandez yang mengepalai NGO Tenaganita sekali lagi seronok melakukan provokasi apabila secara sedar dan sengajanya memfitnah dan memburukkan negara ini di Indonesia. Kenyataan berbaur hasutan di Jakarta Post secara sinisnya mengatakan Malaysia bukanlah pilihan utama untuk sektor pekerjaan dikalangan warga Indonesia sememangnya berniat jahat mahu memecahbelahkan hubungan baik kedua-dua negara.
Tuesday, May 8, 2012
Si Tanggang aka Si Tonggeng
Azmin Ali, si Tanggang zaman moden atau mungkin lebih tepat dipanggil si Tonggeng, nampaknya nekad untuk meneruskan permusuhan dengan keluarganya termasuk ibunya. Ibunya, yang lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Mak Tom sudah buntu dalam usahanya untuk mengembalikan Azmin ke pangkal jalan.
Kerana itu, sebagai usaha terakhir Mak Tom muncul dalam televisyen, merayu anaknya agar ‘membersihkan’ diri. Beliau sanggup menanggung malu, berhadapan dengan masyarakat semata-mata kerana mengharapkan anaknya insaf sebelum terlambat
Hassan Ali: Azmin ‘Si Tanggang Moden’, derhaka kepada ibu
PETALING JAYA, 8 Mei — Adun Gombak Setia Datuk Dr Hassan Mohamed Ali hari ini menyifatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, adalah anak derhaka kerana membelakangkan ibunya semata-mata kerana kepentingan politik.
Hassan ketika sidang media di kediamannya di sini turut menambah, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak harus segera bertaubat dan kembali ke pangkuan keluarganya selain daripada hanya menunding jari kepada Umno untuk menutup kesalahannya.
Luahan ibu: Ramai yang marah pada Azmin Ali...juga tegur Wan Azizah suruh jumpa ibu
Ini Azmin Ali kena sendiri mau ingat.Nyata ramai sekali orang yang marah pada isu keluhan ibunya.
Kesimpulan ini dapat dilihat dari komen-komen pada video yang disiar Agendadaily pagi Ahad dimana Tinbalan Presiden PKR ini selamba kata isu itu kerana pilihanraya sudah dekat dan ia fitnah UMNO.
Azmin memberi reaksi ringkas semasa Agendadaily menemui beliau untuk mengulas mengenai luah rasa ibunya yang mencuri perhatian ramai terhadap sikapnya sebagai seorang anak.
Thursday, April 5, 2012
Azmin didesak keluar parti
KUALA LUMPUR 4 April – Ahli-ahli akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) buat pertama kali dan secara terbuka menuntut supaya Azmin Ali menjawab segala dakwaan yang dikaitkan ke atas beliau.
Mereka turut menggesa Timbalan Presiden PKR itu meninggalkan parti jika gagal berbuat demikian dalam masa terdekat demi menjaga nama baik PKR.
Thursday, February 23, 2012
Ada pemimpin hasut pemimpin
oleh Ismail Alias
Penulis bukan seorang pakar politik setempat apatah lagi untuk memberikan sebarang komen mengenai perpaduan di dalam mana-mana parti politik. Apa-apapun oleh kerana desakan dari seorang teman lama yang memujuk penulis untuk memberikan sedikit pandangan mengenai UMNO Ampang, penulis terasa terpanggil walaupun hanya bermastautin di salah sebuah dari 12 buah kampung sebelum kawasan Mukim Ampang ini diperluaskan ke beberapa kawasan.
Kemenangan Dato Mufti dan Haji Ismail Kijo di kerusi DUN dan Ong Tee Keat Parlimen Ampang Jaya pada PRU10 nyata sekali dilihat satu gandingan yang mantap kepada Barisan Nasional waktu itu walaupun sedang bergolak dilanda krisis pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim.
Tuesday, February 14, 2012
Azmin Ali, Zuraidah Apa Kamu Buat di Ampang?
Ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo mencabar pemimpin menyenaraikan projek yang dibuat di kawasan itu sejak mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum 2008.
Bekas Adun Lembah Jaya tahun 1995 hingga 2004 berkata, tidak ada satu pun projek yang dibuat di Ampang.
“Saya tanya kepada Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin apa yang kamu buat sejak menjadi Adun dan ahli Parlimen?
Monday, February 13, 2012
YB Belajar dengan Negara sokong Zionis
oleh Suara Ampang Point
Rata-rata masyarakat Ampang mengenali seoarang YB yang lebih mesra dipanggil " Mak Lampir" kerana sering naik hantu dengan isu-isu yang direka cipta sendiri dengan niat menghasut bagi mencapai kepentingan politik hasutan dan huru-hara.
Persoalan yang sering ditanya oleh pelbagai masyarakat di Ampang ialah dimanakah asal usul beliau? "Azmin dan Mak Lampir belajar dari negara sokong Zionis? Betul ke?
Persoalan yang sering ditanya oleh pelbagai masyarakat di Ampang ialah dimanakah asal usul beliau? "Azmin dan Mak Lampir belajar dari negara sokong Zionis? Betul ke?
Friday, February 3, 2012
KP Ampang Shafarizul Mustapha nak masuk DAP?
Hari ini pula kisah Ketua Pemuda Ampang nak dilamar DAP Ampang. Aku sebenarnya dah lama tak menulis tentang politik berpuak puak yang memang diamalkan di Bahagian Ampang ini. Mungkin kerana dah muak dan mungkin juga dah mual dengan gelagat pemimpin pemimpin yang merasakan diri mereka WINNABLE CANDIDATE dan sedang MENJUAL diri mereka macam PELACUR LORONG HJ TAIB kepada Najib agar terpilih untuk bertanding di PRU13 nanti.
Wednesday, February 1, 2012
Agen-Agen Penaja - KONRAD-ADENAUER-STIFTUNG (KAS)
oleh: suara ampang point
"Konrad-Adenauer-Stiftung (KAS). The KAS is a political foundation, closely associated with the Christian Democratic Union of Germany (CDU)" sebuah yayasan yang mempunyai pejabat di Malaysia beralamat di M-3-16, Block M, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur dikaitakan sebagai salah satu agen-yang menyumbang kpd dana untuk pemimpin politik yg membawa agenda Barat. Rakan kongsi mereka di Malaysia adalah seperti Bar Council, Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), Institut Kajian Dasar (IKD), Malaysian Institue of Managment (MIM) dan portal The Nut Graph.
Thursday, July 7, 2011
Mengapa Ada Imej Komunis Di Kawasan Ampang?
KUALA LUMPUR – Itulah persoalan yang terlintas di pemikiran kami di Mynewshub.my ketika kami mula-mula melihat dua imej yang berkaitan dengan komunis di kawasan Pandan Perdana, Ampang.Yang pertama, dan sangat nyata sekali adalah imej Bapa Komunis China, Presiden Mao Zedong.
Imej itu dilukis pada tingkat atas salah satu unit di kawasan Pusat Perdagangan Tasik Perdana.
Kami bagimanapun tidak dapat mengambil gambar penuh kerana ia terhalang dengan sebuah tembok di hadapannya dan laluan masuk ke tingkat atas juga terkunci rapat.
Saturday, May 7, 2011
Apakah Niat Sebenar YB Zuraida? Soorya Diutamakan?
WAKIL Kontraktor Melayu Bumiputera Kawasan Ampang Jaya menunjukkan surat makluman mengenai penyerahan semula kontrak pembersihan awam dan sisa pepejal kepada MPAJ di Ampang, semalam.
Oleh ASSIM HASSAN
AMPANG 2 Mei – Kira-kira 1,000 penduduk khususnya di kawasan Ampang Jaya di sini, bakal kehilangan pekerjaan mereka sekiranya kontrak pembersihan awam dan sisa pepejal di daerah itu diambil alih oleh lima pihak berkuasa tempatan (PBT), berkuat kuasa 1 Julai ini.
Thursday, March 31, 2011
Pecah & Perintah
oleh suara ampang point
Satu teori mengenai strategi pecah dan perintah atau pecah dan tawan yang mungkin sedang berlaku secara sedar atau di bawah sedar dalam sistem politik tanah air sekarang.
Orang Melayu berpecah dan membenci antara satu sama lain - serta membenci kaum-kaum lain yang berada di negara ini. Kesimpulan saya ialah, jika ini terus berlaku orang Melayu akhirnya akan diketepikan, tidak dipedulikan dan terpaksa melukut di tepi gantang.
Friday, March 11, 2011
ADUN PKR ROMPAK TANAH PUSAKA?
oleh suara ampang point
"Harapkan pagar, pagar yang makan padi. Mengata dulang paku yang serpih." Perumpaan yang biasa digunakan untuk mengambarkan keperibadian sesorang yang bersikap bermuka-muka di hadapan masyarakat.
Seorang ADUN PKR (Parti Keadilan Rakyat) dilapurkan mempunyai lapuran Polis yang dibuat terhadapnya mengenai perbuatan merompak harta tanah pusaka milik seorang yang berkerluarga di Gombak, Selangor yang mana beliau juga adalah ahli Parlimen di kawasan tersebut..
Friday, February 18, 2011
Anwar tempat yg lain, tarikh yg lain .. pun takde orang
oleh suara ampang point
AMPANG - Kedatangan Anwar Ibrahim, pemimpin Pakatan Rakyat dan juga De Facto Leader Parti Keadilan Rakyat ke Ampang pada 14hb Februari di Hotel DePalma ,disambut sangat dingin.Lebih kurang 60 orang sahaja yang hadir daripada jumlah 500 kerusi yang disediakan untuk malam tersebut dan rata-ratanya dikenali datang dari kawasan lain.
Anwar Kecut..Lari..
AMPANG-Niat Anwar Ibrahim memberi ceramah di dewan MPAJ Ampang Ulu (AU5) terpaksa dibatlkan sebaik sahaja dimaklumkan bahawa kehadiran tidak sampai 100 orang. Anwar yang ketika itu sedang berada di atas Duta Ulu Kelang Expressway terpaksa meminta anak beliau Nurul Izzah untuk menggantikan beliau.
Tuesday, February 8, 2011
Bekas ahli majlis Ampang Jaya rebah ketika prosiding
Berita bekas Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd Ghani Ismail yang menghadapi tuduhan rasuah, pitam dan rebah dalam kandang tertuduh ketika prosiding kesnya dijalankan di Mahkamah Sesyen di sini,semalam menarik perhatian golongan masyarakat di Ampang Jaya.
"Azmin & Sijuburin Bapak Segala Rasuah dan Pengkhianat"
oleh Ummi Halfida binti Ali
Salam kepada pembaca blog yg budiman, dah beberapa hari tak menulis kerana sibuk dengan penulisan buku saya yang akan dilancarkan tidak lama lagi, saya pada mulanya bercadang berhenti menulis buat beberapa ketika bagi menyudahkan buku istimewa saya, namun diatas rasa penghargaan kepada penyokong-penyokong setia saya yg tidak henti kunjung ziarah di laman blog saya, maka digagahkan lah juga untuk menulis sebagai tatapan dan renungan pembaca budiman.Michael Backman : Walaupun Bebas 2004, Mahkamah Tetap Sahkan Anwar Adalah Gay
AIDCNews – 18/12/10 – Penulis buku terlaris di dunia, Michael Backman,(foto kanan) mendedahkan keputusan persidangan tiga hakim Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004 mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam aktiviti homoseksual di Tivoli Villa, pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993, tetapi Anwar dibebaskan kerana percanggahan dari segi ‘tarikh sebenar kejadian’ tersebut.
Monday, January 31, 2011
Padan Muka Umno
AMPANG- Lapuran akhbar Sinar Harian bertarikh 30 Januari 2011 memaparkan lapuran Polis yang telah dibuat oleh hanya beberapa orang Pemuda Umno Bukit Antarabangsa mengenai dakwaan mereka ada beberapa perkataan lucah telah ditulis di atas kain rentang yang membawa logo BN dan Umno termasuk juga beberapa kain rentang yang lain.
Balai Polis Hulu Kelang telah mengesahkan menerima lapuran tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut bila ditanya oleh kami. Suara Ampang Point telah difahamkan bahawa kain rentang milik Umno telah disabotaj oleh orang yang belum lagi dikenali mungkin di atas faktor tidak puas hati mereka dengan tindak tanduk Umno yang dilihat sengaja mencetuskan 'peperangan' dengan Pakatan Rakyat.
Thursday, January 20, 2011
Teguran buat YB Zuraida...jangan jadikan kanak-kanak mangsa
oleh S SalehPenulis baru-baru ini berkesempatan menenmui beberapa orang penduduk di atas Bukit Antarabangsa, kawasan yang terkenal dengan jolokkan "Celebrity Hills", ramai artis terkemuka tinggal di sana termasuk Datuk Siti Nurhaliza.
Sudah hampir 6 bulan penulis tidak memijak Craven Cafe, restoran yang sering menjadi tumpuan penduduk-penduduk di sana untuk berjumpa rakan-rakan dan tempat menjamu selera Nasi Kandar yang terkenal.
Sunday, January 9, 2011
MB Selangor lambat
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani memberitahu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak berkata apa-apa apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertanya mengapa kerajaan negeri tidak mahu menerima pelantikan Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan negeri.
‘‘Tuanku ada bertanya, mengapa tidak suka Khusrin, adakah dia ada melawan tetapi Menteri Besar tidak kata apa-apa,” katanya.
Saturday, January 8, 2011
Bahana terpengaruh janji-janji "Bulan dan Bintang"
Pada 8 hb Mac 2008, seramai 3,796,464 pengundi telah membuat keputusan untuk memilih calon-calon daripada pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.
Daripada jumlah pengundi tersebut, kesemua mereka bertanggungjawab menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, kehilangan kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak (selama 11 bulan) serta BN terus menjadi pembangkang di Kelantan.
Thursday, December 30, 2010
PKR Ampang semakin hilang sokongan akar umbi
Pergolakan yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendorong 80 ahlinya di kawasan Rumah Pangsa Taman Ampang Mewah di sini meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO awal minggu ini.
Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, ia membuktikan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.
Saturday, December 11, 2010
Kedaulatan Melayu : Penyokong PKR bagai lembu dicucuk hidung
oleh: suara ampang point
Beberapa kenyataan tegas telah dititahkan oleh Raja-Raja Melayu mengenai ucapan Wan Azizah yang secara terang-terangnya menentang Ketuanan Melayu. Kecewa dengan trend politik kini yang menggunakan Perlembagaan sebagai alat permainan politik, titah Raja-Raja Melayu juga harus diambil sebagai iktibar dan musahbah diri supaya orang-orang Melayu sendiri yang tidak mengaku Melayu itu kembali semula ke pangkal jalan.
Friday, December 10, 2010
Nallakaruppan cabar Shamsidar
![]() |
Shamsidar Taharin |
Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan berkata, beliau membuat cabaran itu kerana bosan terhadap kuasa 3A (Anwar, Azmin Ali dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) yang sehingga kini belum menjawab setiap cabaran dilakukannya kepada mereka agar menceritakan perkara sebenar.
Saturday, December 4, 2010
Talam Dua Muka - Siapa Mereka?
oleh Ahmad J
Istilah "talam dua muka" bukannya istilah yang baru di dalam kamus politik. Semenjak dari zaman Kerajaan Pompei sebelum ianya ditimpa musibah bencana letusan gunung berapi pada 79AD, istilah ini juga ada digambarkan bagaimana ada ahli-ahli majlis yang bermuka-muka dengan dua-dua pihak yang berebut jawatan Presiden sehingga sanggup menjual maklumat kepada pihak yang boleh memberikan keuntungan emas kepada mereka.
Friday, November 19, 2010
Anwar selamatkan 'tengkuk'
oleh: M. HANAFIAH A. SAMAD
TIADA siapa yang merasa terhina dengan pengiktirafan Australia bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam moden seperti yang disuarakan oleh Perdana Menterinya, Julia Gillard.
Hanya Anwar dan kawan-kawannya dalam pakatan pembangkang saja yang menganggap pengiktirafan itu sebagai satu penghinaan. Tetapi bagi mereka yang cintakan negara pasti berbangga dengan pengiktirafan itu.
Sunday, November 14, 2010
Hentikan pemilihan MPP PKR
PETALING JAYA 13 Nov. - Satu demi satu dakwaan mengenai ketidakadilan dalam proses pemilihan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dilontarkan oleh ahli-ahli parti itu.
Hari ini, sekumpulan 300 orang yang mendakwa ahli parti itu mengadakan demonstrasi di hadapan Pejabat PKR Pusat di sini bagi mendesak supaya pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang sedang berlangsung dihentikan.
Saturday, November 13, 2010
Trojan Horse di dalam Umno Ampang
oleh : suara ampang point
AMPANG- Baru-baru ini Dato Seri Anwar Ibrahim, Pemimpin Pembangkang dengan terang-terangnya mengakui wujudnya "trojan horse" di dalam PKR. Namun begitu beliau enggan mendedahkan identiti siapa yang disebutkan begitu.
Thursday, November 11, 2010
Penyelaras BN DUN Bkt Antarabangsa Makan Gaji Buta
oleh : suara ampang point
AMPANG - Penyelaras BN DUN Bukit Antarabangsa, Aziz Md Derus yang telah dilantik pada tahun 2009 untuk bertindak sebagai "wakil rakyat BN" di Bukit Antarabangsa dilapurkan menerima gaji setaraf dengan wakil rakyat dan ini tidak termasuk peruntukkan hampir ratusan ribu ringgit yang disediakan untuk DUN tersebut bagi menjalankan pelbagai aktiviti dan program kemasyarakatan setempat.
Sunday, November 7, 2010
I"ll give You One Year Zaid - You Will Know Who Azmin is
-suara ampang point 8/10/2010
AMPANG- Perletakan jawatan di dalam MPT oleh Datuk Zaid Ibrahim sememangnya sudah dijangkakan oleh penulis sewaktu berjaya menerumah beliau sebelum berlansungnya pemilihan jawatan MPP baru-baru ini.
Apa yang paling jelas dari raut wajah Datuk Zaid Ibrahim betapa beliau merasa begitu kecewa dengan sikap hipokrik MPT yang membelakangi prinsip perjuangan PKR yang dilaung-laungkan sepanjang ini. Politik kesedaran dan progresif hanyalah rethorik semata-mata demi meraih sokongan rakyat. Zaid sedar dirinya telah ditipu dengan omongan kosong MPP.
Zaid letak semua jawatan PKR, tarik diri saingan timbalan presiden
Oleh G Manimaran November 08, 2010
KUALA LUMPUR, 8 Nov — Datuk Zaid Ibrahim meletakkan semua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden di sebalik siri dakwaan pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus.
Keputusan Zaid itu, yang diumumkan selepas kira-kira 18 bulan menyertai PKR, dilihat akan memberi kesan ke atas parti, diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat, yang sedang berusaha untuk kembali pulih daripada kekalahan dua pilihan raya kecil berturut-turut dan selepas sekumpulan wakil rakyatnya keluar parti awal tahun ini.
Friday, November 5, 2010
Perjuangan ahli-ahli PKR sia-sia, tiada penghujungnya
oleh : Abu Atif Ampang.
ORANG Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) mesti berani berdepan dengan kebenaran dan mengakui kebenaran. Walaupun kebenaran itu pahit dan ia tidak memihak kepada apa yang kita percaya. Kata Saidina Ali r.a: "Jangan kamu menghukum benar salah sesuatu pada orang yang menyuarakan, tetapi kenalilah kebenaran nescaya kamu kenali siapa orangnya."
Friday, October 29, 2010
Polis tumpaskan Geng 'Pick Up'
ABDUL Jalil Hassan (tengah) menunjukkan peralatan yang digunakan oleh geng Pick Up untuk melakukan aktiviti pecah rumah dan sebahagian barangan curi yang berjaya ditemui semula di IPD Ampang Jaya, |
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Geng 'Pick Up' yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan curi di sekitar daerah Ampang Jaya di sini tumpas selepas lima ahli kumpulan itu termasuk ketuanya ditahan polis Jumaat lalu.
Penahanan kesemua ahli kumpulan itu dibuat ekoran kejayaan polis memberkas ketuanya digelar Pick Up ketika suspek memecah masuk sebuah pejabat di Ampang Hilir awal pagi Jumaat lalu.
Orang muda buta sejarah!
KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.
Zul Noordin dedah perjanjian rahsia DAP, PKR - Pulau Pinang diperdagangkan?
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP begitu rapat sehingga wujud satu perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara kedua-dua parti itu yang tidak diketahui oleh Pas.
Mayat disumbat dalam beg
Oleh TAN MING WAI
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
![]() |
Mayat seorang remaja perempuan ditemui disumbat di dalam beg pakaian di Taman Ukay Perdana, Ampang, semalam. |
Mangsa yang dipercayai warga asing berikutan tiada kesan suntikan BCG, dijumpai oleh seorang pekerja bengkel berdekatan yang kebetulan melalui kawasan itu pada pukul 3.30 petang.
Semangat DEB wajar diteruskan – Faaland
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Objektif serta semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan dari 1970 hingga 1990 perlu diteruskan dalam dasar-dasar pembangunan kerajaan demi menjamin keadilan dan kestabilan negara.
Penerima Anugerah Merdeka 2010, Tan Sri Just Faaland (gambar) yang merupakan salah seorang penggubal DEB berkata, ia penting kerana masyarakat pelbagai kaum di negara ini dilihat masih menghadapi masalah peluang ekonomi yang tidak seimbang.
Sunday, October 17, 2010
Rozaidah Talib - Calon BN DUN N19?
oleh S.Salleh
AMPANG - Suasana hari raya belum lagi habis panasnya dengan rata-ratanya banyak yang menganjurkan rumah terbuka meraikan sahabat handai dan tetamu di bulan Syawal yang disambut meriah pada tahun ini. Penulis berkesempatan dijemput oleh rakan-rakan dan kenalan menghadiri pelbagai majlis rumah terbuka yang banyak dianjurkan pada hujung minggu yang lepas.
Kesesakan jalan raya di kawasan Ampang yang tidak dapat diselesaikan dari masa pemerintahan BN dan kini kepada PR juga mengambarkan bahawa Ampang menghadapi masalah kronik dari segi pengurusan dan pentdadbiran trafik.
TERIMA KASIH YAB PERDANA MENTERI KERANA SUDI MENZIARAH KE AMPANG
oleh : UMNO Cawangan Bukit Ampang
Kami mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib bin Hj Tun Abdul Razak dan Menteri pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat kerana sudi hadir dan merasmikan program skuad sayang di Ampang. Kehadiran YAB Dato' Seri telah menyerikan majlis dan memberi harapan kepada masyarakat di Ampang. Salam perjuangan dari kami UMNO Cawangan Bukit Ampang.
Wednesday, September 29, 2010
Pendedahan Ramlan Abu Bakar Ditawar habuan Oleh Azmin Ali
oleh Suara Ampang Point
KLIK SINI untuk mendengar pengakuan Ramlan Abu Bakar melalui telefon yang dirakam
AMPANG 30 Sep- Mengejutkan! Bekas Ketua Reformasi Malaysia, Ramlan Abu Bakar yang pernah mengetuai demostrasi "Skuad Bogel" yang dibuat di hadapan pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membuat pengakuan melalui telefon yang dirakamkan bahawa beliau telah diberikan habuan oleh Azmin Ali berbentuk tapak perniagaan pasar malam (uptown) sebagai ganjaran bekerjasama menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim.
AMPANG 30 Sep- Mengejutkan! Bekas Ketua Reformasi Malaysia, Ramlan Abu Bakar yang pernah mengetuai demostrasi "Skuad Bogel" yang dibuat di hadapan pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membuat pengakuan melalui telefon yang dirakamkan bahawa beliau telah diberikan habuan oleh Azmin Ali berbentuk tapak perniagaan pasar malam (uptown) sebagai ganjaran bekerjasama menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Monday, September 27, 2010
Punca kekecohan kerana Azmin Ali - Blue Boy Anwar Ibrahim?
oleh Khalid AB Jalil
Kuala Lumpur - Seperti dijangkakan oleh penganalis politik beberapa bulan sebelum berlansungnya pemilihan pucuk pimpinan cabang PKR, akan berlaku kekecohan dan pergaduhan semasa proses mesyuarat perwakilan adalah tepat dan kini benar-benar berlaku.
Tidak menghairan kerana PKR sememangnya "retak menanti belah" disebabkan tidak ada prinsip perjuangan yang jelas. Ini pernah ditekan oleh Dato Zaid Ibrahim melalui twitter beliau "apa gunanya menjadi ahli politik jika tidak ada polisi perjuangan".
Thursday, September 16, 2010
Gangters di Selangor - siapa ahli politik dibelakang mereka?
AMAT mengejutkan apabila baru-baru ini kita didedahkan dengan maklumat yang dilaporkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang menyebut kira-kira 10,000 individu dikesan menjadi anggota rahsia lapan kumpulan yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah dan gangsterisme di Selangor.
Monday, September 13, 2010
Pembunuh Dato Sosilawati - PKR bela kepala samseng lagi?
MR PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN (NRIC NO : 690211-10-5525) Mr Pathmanabhan a/l Nalliannen Mr Surendren a/l Nalliannen
Practising at : M/s Pathma Nalli & Partners No. 198, Jalan Sultan Abdul Samad 42700 Banting Selangor
Sumber: FB Ramesh R Krishnan Naidu /Pria Malaya
Selain itu, menurut sumber polis, dua beradik berkenaan pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Majlis Peguam Malaysia, tiga tahun lalu iaitu mulai 9 Mac 2007 sehingga 30 Mac 2008.
Orang kawasan nak lawan Azmin...dakwa telefon dan SMS tak pernah jawab
Oleh: HELME HANAFI
NAMPAK gayanya laluan Naib Presiden PKR, Azmin Ali untuk bertanding jawatan nombor dua parti tidak selancar yang dijangkakan. Biarpun mendapat sokongan daripada sebahagian Ahli Parlimen dan ADUN PKR di peringkat pusat, di kampung sendiri Azmin dicabar.
Pencabarnya, Abu Bakar Ninggal, 72, merupakan orang lama, pengasas dan pemimpin PKR bahagian Gombak sejak parti itu ditubuhkan pada tahun 1999.
Saturday, September 11, 2010
Premis judi besepah di Ampang - YB Zuraida & kroni tlg jawab
Wednesday, September 8, 2010
Puncanya Wan Azizah......
Oleh: ROSLI ISMAIL DAN ROSLAN BIAN
Mustahil Ezam Mohd Noor dapat duduk bersembang lebih dua jam menceritakan satu per satu jalan cerita yang dilaluinya mengapa beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan semua orang.
Paling tidak beliau dapat memberi sedikit sebanyak gambaranya di pentas ceramah dalam jangka waktu yang terhad dan sekali sekala menerusi kenyataan media.
Subscribe to:
Posts (Atom)





































