Lagi Ahli Majlis MPAJ buat Hal - YB Zuraida bela kongsi gelap?

by Kami Sayang PKR
Terbaru pada 14 Ogos 2010, Sooria Narayan (gambar) seorang ahli Majlis MPAJ telah ditangkap pada pukul 5 kerana terlibat dalam satu pergaduhan melibatkan perkumpulan di Kuala Ampang.

Pergaduhan melibatkan satu kumpulan samseng India di dalam kejadian tersebut seorang lelaki dalam keadaan parah telah dihantar ke hospital Ampang.


Ini bukan kes pertama melibatkan Ahli Majlis MPAJ, pada 8 April lalu, Izuddin Che Din (gambar) Ahli Majlis MPAJ Zon 5 telah didakwa di mahkamah di atas pertuduhan menyebar gambar seks terhadap seorang wanita. Pendakwaan ke atas Izuddin dibuat selepas beberapa risalah dan pendedahan yang dipercayai dilakukan oleh ahli-ahli PKR yang tidak berpuashati dengan perlantikkan Izuddin sebagai Ahli Majlis walaupun beliau pada mulanya bukan ahli PKR.

Pada akhir Julai 2008, Selangor juga telah dikecohkan dan hangat mengenai calon Ahli Majlis MPAJ yang mempunyai rekod jenayah akan dilantik sebagai ahli majlis.

Dalam surat yang menamakan penulisnya sebagai "Penduduk Ampang Yang Hampa & Ahli-Ahli Keadilan Cabang Ampang" mengadu dua daripada lelaki yang bakal dilantik itu mempunyai jenayah dan pernah terbabit dalam pertubuhan kongsi gelap.

Jelas, YB Zuraida tidak memperdulikan latar belakang ahli majlis yang dilantikkan asalkan mereka boleh membantu beliau mencapai cita-cita politiknya di dalam parti.

Selepas perlantikkan Sooria, timbul rasa tidak puas hati kalangan ahli-ahli parti PKR kerana Sooria bukan ahli parti Keadilan. Ini menyebabkan timbul perselihan faham dikalangan penyokong Zuraida dengan ahli-ahli parti yang lain mempertikaikan perlantikkan tersebut. Untuk memikat hati ahli-ahli PKR dan menutup mulut pertikaian perlantikkan Sooria, YB Zuraida telah melantik Sooria sebagai Penolong Setiausaha dan Ketua Biro Kaum India Ampang.

Seperti dua calon ahli MPAJ yang terdahulu yang digugurkan dari perlantikkan, Sooria juga terlibat di dalam kegiatan kongsi gelap. Ini jelas kerana beliau mempunyai hubungan dengana Jega (gambar) telah telah menjamin Sooria dengan jaminan sebanyak RM2000.00. Jega yang juga pernah ditahan selama 2 tahun dibawah Akta Langkah-Langkah Pencegahan pernah terlibat di dalam kegiatan konsi gelap.

YB Zuraida tahu latar belakang Sooria sebelum melantik beliau sebagai Ahli Majlis MPAJ. Sooria yang dipanggil sebagai "pet"  kepada YB Zuraida, telah berjaya menyakinkan YB Zuraida untuk mengambil beliau disebabkan latar belakang beliau yang kuat di dalam rangkaian kongsi gelap dan dapat membantu YB Zuraida di dalam cita-cita politik beliau di dalam PKR dan terus kekal sebagai Ketua Wanita PKR Nasional.

YB Zuraida yang telah lama dengan budaya PKR menggunakan samseng ini menggunakan pendekatan yang sama bagi mencapai agenda politik dan kedudukan di dalam parti.

Sooria menganggotai Mesyuarat Penuh Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin juga seorang yang licik dan dia juga dilihat menjalinkan hubungan yang intim dengan Marlina bt Mohamad, Pegawai Tadbir MPAJ di bawah Jabatan Perlesenan. 

Marlina (gambar) seorang janda telah mendesak Sooria dibebaskan sepanjang 2 hari beliau di tahan di lokap polis.

Mengapa Marlina Pegawai Tadbir Jabatan Perlesenan yang meluluskan lesen arak, rumah urut, pusat hiburan, papan iklan, dsb boleh menjalin hubungan dengan Sooria yang dikenali mempunyai hubungan baik dengan Jega Ketua kongi gelap yang mempunyai rangkaian perniagaan pusat hiburan dan sebagainya.

YB Zuraida yang sudah terlalu lama di dalam  kaedah nepotisme ini tidak memperdulikan suara dan pandangan ahli-ahli PKR lain di dalam membuat keputusan melantik Ahli Majlis MPAJ. Kes skandal seks Izuddin, kes gaduh Sooria dan beberapa lagi dengan jelas menunjukkan YB Zuraida mempunyai agenda besar untuk mengekalkan kedudukan beliau di dalam parti dan Ketua Wanita PKR.

7 comments:

  1. Sooria pun telah di beritakan mengugut pengurusan Oakleaf Club supaya jangan mengambil apa2 tindakan terhadap kuil haram yang dibina di dalam kawasan kelab itu. Sekiranya, pihak pengurusan engkar Sooria mengugut menurunkan samseng2 Hindraf untuk mengajar Oakleaf Club.

    ReplyDelete
  2. marlina oh marlina...janda gersang..bukan sooria ni je bf dia, ada ramai lagi..semua bangsa dia pasang bf termasuk S/Usaha MPAJ pun bf dia juga..dia sebagai pegawai lesen, dah tentu poket dia penuh dgn duit..kena semak semua akaun bank janda ni..kaya beb! mana taknya, semua pusat urut,spa,arak,judi yg nak lesen dr mpaj sure ada bagi 'tip and percentage' utk janda gersang ni..sila la siasat...

    ReplyDelete
  3. apa yg pasti, YB Zuraidah la dalang yg bagi perlindungan dan menghalalkan kegiatan 'samseng' di Ampang..wahai rakyat di Parlimen Ampang, inikah pemimpin yg anda agung2kan? (org melayu kalau tak sedar, aku tak tau la nak kata apa lagi) jgn jadi bangsat gadai maruah bangsa

    ReplyDelete
  4. da xde samseng melayu ke nk gune..pe punye melayu????

    ReplyDelete
  5. tolong jage bahasa sikit ok.....HINDRAF tu bkn gengster tau.... tu yg teleh menukarkan sejarah politik DI MALAYSIA pada 25 Nov 2008. Jgn gabungkan pergaduhaan haram ni ngan HINDRAF.... jgn pasal mulut,,, badan jadi BINASA ok
    Ada ubi dan ada BATASNYA........ so jgn ungkit perkara ni.... biar pihak PDRM menjalankan siasatan....

    ReplyDelete
  6. bodo punya org yg comment nie kalau berani bak datang lerr....jgn ckp jerr lebih...

    ReplyDelete
  7. apakah akhirnya perjalanan politik negara kita ini? kesian kpd anak cucu ku akan dtg...

    ReplyDelete