Padan Muka Umno

AMPANG- Lapuran akhbar Sinar Harian bertarikh 30 Januari 2011 memaparkan lapuran Polis yang telah dibuat oleh hanya beberapa orang Pemuda Umno Bukit Antarabangsa mengenai dakwaan mereka ada beberapa perkataan lucah telah ditulis di atas kain rentang yang membawa logo BN dan Umno termasuk juga beberapa kain rentang yang lain.

Balai Polis Hulu Kelang telah mengesahkan menerima lapuran tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut bila ditanya oleh kami. Suara Ampang Point telah difahamkan bahawa kain rentang milik Umno telah disabotaj oleh orang yang belum lagi dikenali mungkin di atas faktor tidak puas hati mereka dengan tindak tanduk Umno yang dilihat sengaja mencetuskan 'peperangan' dengan Pakatan Rakyat.

Teguran buat YB Zuraida...jangan jadikan kanak-kanak mangsa

oleh S Saleh

Penulis baru-baru ini berkesempatan menenmui beberapa orang penduduk di atas Bukit Antarabangsa, kawasan yang terkenal dengan jolokkan "Celebrity Hills", ramai artis terkemuka tinggal di sana termasuk Datuk Siti Nurhaliza.

Sudah hampir 6 bulan penulis tidak memijak Craven Cafe, restoran yang sering menjadi tumpuan penduduk-penduduk di sana untuk berjumpa rakan-rakan dan tempat menjamu selera Nasi Kandar yang terkenal.

MB Selangor lambat

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani memberitahu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak berkata apa-apa apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertanya mengapa kerajaan negeri tidak mahu menerima pelantikan Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan negeri.

‘‘Tuanku ada bertanya, mengapa tidak suka Khusrin, adakah dia ada melawan tetapi Menteri Besar tidak kata apa-apa,” katanya.

Bahana terpengaruh janji-janji "Bulan dan Bintang"

Pada 8 hb Mac 2008, seramai 3,796,464 pengundi telah membuat keputusan untuk memilih calon-calon daripada pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.

Daripada jumlah pengundi tersebut, kesemua mereka bertanggungjawab menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, kehilangan kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak (selama 11 bulan) serta BN terus menjadi pembangkang di Kelantan.