I"ll give You One Year Zaid - You Will Know Who Azmin is

-suara ampang point 8/10/2010

AMPANG- Perletakan jawatan di dalam MPT oleh Datuk Zaid Ibrahim sememangnya sudah dijangkakan oleh penulis sewaktu berjaya menerumah beliau sebelum berlansungnya pemilihan jawatan MPP baru-baru ini.

Apa yang paling jelas dari raut wajah Datuk Zaid Ibrahim betapa beliau merasa begitu kecewa dengan sikap hipokrik MPT yang membelakangi prinsip perjuangan PKR yang dilaung-laungkan sepanjang ini. Politik kesedaran dan progresif hanyalah rethorik semata-mata demi meraih sokongan rakyat. Zaid sedar dirinya telah ditipu dengan omongan kosong MPP.

"Apa gunanya menjadi ahli politik jika mengabaikan prinsip perjuangan itu sendiri" - tegas beliau.

"Terlalu banyak kepincangan di dalam amalan demokrasi dan cara MPT mengendalikan pelbagai masalah yang disuarakan oleh ahli-ahli parti khususnya dari peringkat akar umbi"

Tidak ada tindakan yang diambil untuk menyiasat dan memperbetulkan kepincangan yang telah berlaku. Ramai ahli-ahli yang kecewa lantas ini adalah penyebab kepada keretakkan di dalam cabang-cabang diperingkat negeri-negeri.

Malah Datuk Zaid sendiri pernah menerima tamparan yang hebat apabila sebanyak 10,000 poster beliau sewaktu PRK Hulu Selangor telah dihilangkan. Jika tidak kerana bantuan dari PAS Selangor sudah pasti beliau akan kalah lebih dari 10,000 undi. Paling mengejutkan Datuk Zaid apabila Azmin Ali sendiri tidak lansung bersalaman dengan beliau selepas keputusan diumumkan. Jelingan Azmin Ali seolah-olah memberi tahu kepada Datuk Zahid "padan muka you".

Dakwa Datuk Zaid, pemilihan parti dicemari dengan pelbagai insiden memanupalasi dan penyelewengan undi.

Selepas 87 cabang telah menyelesaikan proses pengundian Azmin berada jauh di depan khususnya selepas pemilihan cabang-cabang Sabah kelmarin dan semalam.

Penyokong-penyokong Zaid mendakwa wujud manipulasi undi dalam proses pemilihan cabang-cabang di Sabah, tetapi ia turut dinafikan oleh jawatankuasa pemilihan pusat.

Agak mengejutkan juga Sabah, negeri yang menyokong penuh Datuk Zaid tidak memberikan undi kepada beliau. Cabang Tawau hanya memberikan 4 undi kepada Datuk Zaid berbanding dengan Azmin Ali yang memperolehi 553 undi . Negeri yang dikuasai oleh sekutu Zaid Ibrahim iaitu Jeffery Kitigan gagal memberikan saingan seperti yang dijangkakan.

Apakah sesiapa yang mencabar Azmin Ali akan dianggap musuh kepada parti atau musuh kepada Anwar Ibrahim?

Ditanya mengenai siapakah "Trojan Horse" yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim sewaktu sebelum pemilihan berlansung, Zaid enggan menjawap sebaliknya hanya tersenyum.

"Adakah Datuk yakin Anwar Ibrahim tidak melakukan liwat?"

"Itu you kena semak dan teliti balik transkrip pakar psikologi dalam kes liwat Anwar yang pertama ada memberitahu hubungan Sukma dengan Anwar" - ujar beliau

Datuk Zaid enggan berbicara lanjut mengenai kes liwat Anwar kerana beliau menyertai PKR bukan kerana ini membela perjuangan Anwar tetapi perjuangan dan prinsip parti yang pada mulanya dilihat lebih demokrasi dan mempunyai pembahruan.

"Saya silap" - kesal Datuk Zaid


4 comments:

  1. bodoh kau ni putar belit je kerja kau bangang

    ReplyDelete
  2. sy sokong cara zahid bersikap tegas, memang byk kecacatan yg memalukn pemilihan kali ini, di merata rata cabang ttpi pucuk pimpinan buat2 pekak bisu mempertahankn cara membuta tuli tanpa siasatan menyeluruh, kami di klang menjadi cacian umno lebih teruk perangai dari beruk, ini berpunca petugas byk yg tidak jujur contoh cabang klang, dengan sy sebagai (pengundi) berani tanpa rasa bersalah atau diawasi penyelia petugas menunjukkn sy "Bang pangkah calon no. 4, no. 4 Bang" mcm ni ke telus? ape ni? pimpinan pusat tolong la jgn lodeh seluar... kami jadi ahli malu! korang x pelah gaduh kat parlimen dpt duit, time rehat gelak2 kat lobi,memangla kena professional tp korang dpt duit! gelak2 pun x de hal...! kami gaduh dgn org kampung, jiran2 ape kami dpt? kami bukan nak gaduh tp bila panas kadang2 hilang sabar juga! Lu pikir la sendiri!

    ReplyDelete
  3. seekor kerbau membawa lumpur,semuanya terpalit,,,,,seurang tua kaki liwat jadi chief parti,caca marba lah jawapannya.

    ReplyDelete
  4. Salam semua, samada Anwar itu liwat atau lewat ke, itu semua belakang kira.

    ReplyDelete