
Jika benar DUN akan dibubarkan, maka kelebihan sudah tentunya kemenangan dijangka berpihak kepada Pakatan Rakyat selepas menang 44 kerusi dariapda 56 DUN di Selangor semasa PRU 13.Umno dijangkan berupaya mengejkalkan 12 kerusi yang dimenangi disamping pertambahan sedikit kerusi tambahan di kawasan yang dimenangi PKR dengan majoriti kecil.
Hasil tinjauan daripada rakan-rakan di Umno, nyata Umno Ampang tidak bersedia sama sekali untukmenghadapi sebarang pilihanraya kerna beberapa masalah dalaman yang serius disertakan tidak berupaya menonjolkan calon-calon baru yang berwibawa menandingi PKR dan PAS.
Oleh kerana itu, jika DUN dibubarkan dalam masa sebelum tempohnya, Umno Ampang dijangka akan tumbang dengan majoriti yang lebih besar daripada 4044 berbanding dengan PRU 13 di DUN Bukit Antarabangsa dan 8713 di DUN Lembah Jaya
Kesimpulannya, apa kata rakyat ampang, Umno Ampang bukan lagi pilihan kami untuk kami pergi mengadu domba masalah rakyat, rakyat ampang sudah lama jemu dngan janji palsu itu, ini dan bagainya. Dalam masa yang sama kami rakyat Ampang tidak menyalahkan Umno Ampang kerana gagal membantu kami kerana kami juga faham, Umno Ampang sebenarnya yang lebih bermasalah daripada kami. Oleh itu kami tidak memilih Umno kerana kami simpati dengan masalah parti itu dan
bagi memberi peluang kepada Umno Ampang membersihkan dan menolong ahli-ahli sendiri yang sedang terkapai-kapai.
No comments:
Post a Comment