PKR Ampang semakin hilang sokongan akar umbi

Pergolakan yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendorong 80 ahlinya di kawasan Rumah Pangsa Taman Ampang Mewah di sini meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO awal minggu ini.

Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, ia membuktikan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.

Kedaulatan Melayu : Penyokong PKR bagai lembu dicucuk hidung

oleh: suara ampang point

Beberapa kenyataan tegas telah dititahkan oleh Raja-Raja Melayu mengenai ucapan Wan Azizah yang secara terang-terangnya menentang Ketuanan Melayu. Kecewa dengan trend politik kini yang menggunakan Perlembagaan sebagai alat permainan politik, titah Raja-Raja Melayu juga harus diambil sebagai iktibar dan musahbah diri supaya orang-orang Melayu sendiri yang tidak mengaku Melayu itu kembali semula ke pangkal jalan.

Nallakaruppan cabar Shamsidar




Shamsidar Taharin

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsidar Taharin dicabar menjelaskan perlakuan sebenar suaminya serta ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan rakyat daripada terus ditipu.

Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan berkata, beliau membuat cabaran itu kerana bosan terhadap kuasa 3A (Anwar, Azmin Ali dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) yang sehingga kini belum menjawab setiap cabaran dilakukannya kepada mereka agar menceritakan perkara sebenar.

Talam Dua Muka - Siapa Mereka?

oleh Ahmad J

Istilah "talam dua muka" bukannya istilah yang baru di dalam kamus politik. Semenjak dari zaman Kerajaan Pompei sebelum ianya ditimpa musibah bencana letusan gunung berapi pada 79AD, istilah ini juga ada digambarkan bagaimana ada ahli-ahli majlis yang bermuka-muka dengan dua-dua pihak yang berebut jawatan Presiden sehingga sanggup menjual maklumat kepada pihak yang boleh memberikan keuntungan emas kepada mereka.