SIAPA GURU, SIAPA MURID?

sumber: The Flying Kick

Azwandin Hamzah adalah Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM). Banyak bercakap dan membidas Anwar Ibrahim. Banyak sangat kononnya tahu tentang Anwar Ibrahim. Sangat rapat kononnya dengan Anwar Ibrahim sampaikan segala cerita dalam kain Anwar, semuanya dia tahu.

AMACAM X-PKRians? HATI ADA SENANG?

sumber: the flying kick

Asalnya Azwandin Hamzah dengan seorang AJK Cawangan, sangat mesra. Cium mulut lagi... tetapi entah tang mana silap, entah siapa yang sebat lebih banyak duit, maka berlakulah pergeseran dan pergaduhan.

Maka dalam mesyuarat Cawangan di mana Azwandin Hamzah sebenarnya ahli baru tetapi sudah mempunyai rancangan untuk merampas pentadbiran Bahagian, telah mengusulkan agar AJK Bahagian itu dipecat. Tak cukup di Cawangan, didesak pula Ketua Bahagian, Ismail Kijo agar memecat AJK Bahagian itu. Konon katanya, AJK berkenaan tidak jujur, tidak amanah....

Tak macam slogan JMM!!!!

Lagi-lagi UMNO, UMNO & UMNO, bila nak habis?

oleh: sap

Pemilihan barisan kepimpinan UMNO Bahagian Ampang dah selesai. Yang menang semua dah tahu, yang kalah pun semua dah dijaja diseluruh pelusuk Ampang. Yang menang ada cerita tersendiri cara dan taktik serta teknik "silap mata" mereka-mereka ini menang. Yang kalah juga ada cerita disebalik punca mereka tersembam ke tanah dek kerana "janji-janji" palsu.

Tak perlu nak pertikaikan siapa yang menang dan tak perlu nak menangis siapa yang kalah. Politik itu penuh dengan unsur-unsur permainan "silap mata" serta catur. Perancangan teliti disusuli dengan imbuhan "peluru" adalah resepi utama kemenangan bagi calon di dalam mana-mana parti politik yang mengadakan pertandingan secara terbuka.

Cabaran Besar Mail Kijo ?

oleh : sap

Persidangan dah selesai.! Jawatan-jawatan yang dipilih telahpun diisi oleh para perwakilan yang hadir ke persidangan UMNO Bahagian Ampang. Ketua Bahagian Ampang dah diumumkan, Dato Ismail Kijo menang menewaskan pencabarnya termasuk bekas Timbalan Ketua Bahagian Haj Aziz Derus.Yang menang tersenyum lebar dan mula memasang cita-cita serta impian besar. Yang kalah tunduk mengalah dan balik mencongak dimana silapnya ilmu matematik atau ilmu silap mata?

UMNO Terus Mara untuk Rakyat Ampang?

oleh : sap

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

Senikata lirik lagu Bersatu, Bersedia & Berkhidmat jika diselami pasti boleh menaikkan bulu roma sesorang khusus orang-orang UMNO sendiri. Baru-baru ini Persidangan Peringkat Bahagian UMNO Ampang dah selesai diadakan. Rata-rata yang hadir pastilah perwakilan yang telah dipilih ahli / terpilih oleh ketua-ketua cawangan masing-masing, istilah lain dalam UMNO ialah "cai-cai".