Persidangan dah selesai.! Jawatan-jawatan yang dipilih telahpun diisi oleh para perwakilan yang hadir ke persidangan UMNO Bahagian Ampang. Ketua Bahagian Ampang dah diumumkan, Dato Ismail Kijo menang menewaskan pencabarnya termasuk bekas Timbalan Ketua Bahagian Haj Aziz Derus.Yang menang tersenyum lebar dan mula memasang cita-cita serta impian besar. Yang kalah tunduk mengalah dan balik mencongak dimana silapnya ilmu matematik atau ilmu silap mata?
Persoalan yang ditunggu sekarang oleh ahli-ahli UMNO Ampang ialah, siapakah Mail akan melantik jawatan-jawatan pegawai; Setiausaha Bahagian, Bendahari Bahagian, Ketua Penerangan Bahagian dan beberapa AJK Bahagian ?
Pemerhati politik Ampang berpendapat, masa depan Mail Kijo serta UMNO Ampang terletak kepada keputusannya nanti memberi lantikan pegawai-pegawai penting di atas, Siapa? dan Siapa-siapakah mereka? Ada yang melaporkan bahawa Mail Kijo telah membuat perjanjian dengan beberapa orang untuk jawatan-jawatan tersebut di atas dasar 'barter trade' ?
Jika dikaji semula Ketua Bahagian Mail Kijo , Timbalan Ketua Bahagian Badrisham Jolly, Naib Ketua Bahagian Mohammad Nadzim serta Ketua Wanita Bahagian, Dr Rozaidah Talib pernah bertanding di pilihanraya namun kesemua mereka tewas dengan cemerlangnya kepada Pakatan Rakyat.
Jadi mengapakah ahli UMNO Ampang memilih mereka-mereka yang pernah tewas untuk menerajui UMNO Bahagian? Tepuk dada tanya selera atau mungkin ada yang sudah mula menuduh tepuk poket tengok berapa tebal?
Mungkin juga berlaku percaturan politik peringkat permainan catur kelas 'A' dari beberapa atau segelintir individu atau penglibatan "kuda trojan" yang berniat jahat mengatur calon-calon yang pernah kalah untuk dimenangkan bagi jawatan-jawatan penting di dalam parti ?
Motifnya apa? Rasanya sendiri pun boleh fikirkan ya.
Apa pula pandangan pihak pembangkang bila mendengar mereka-mereka ini menang? "...hahahaha lagi senang kerja kita orang!!! " ketawa besar petugas untuk Zuraida Kamaruddin Ampang bila diberitahu tentang keputusan pemilihan ini.
Apa pula kata orang Ampang dan orang Ampang dah mula pun bercakap;
1. "Hah? Apa!! Takde kena muka lain orang UMNO nak pilih ni"?
2. "Alamak !!! Apa UMNO nak bungkus ke PRU14 nanti"?
3. "Mampos...Inilah je orang-orang yang hebat UMNO Ampang ada...."
4. "Macam nak memalukan UMNO sendiri je..."
5. "UMNO sedang persiapkan diri nak jadi pembangkang PRU14 nanti "!!
Sama-sama lah nantikan langkah seterusnya dari Ketua Bahagian UMNO Ampang, Dato Ismail Kijo yang memang terkenal dengan sikap bermurah hati dan tidak suka bermusuh-musuhan sehingga ada waktunya beliau mudah serta sering dipergunakan dan ditipu hidup-hidup oleh orang-orang tertentu.
Adakah calon-calon kalah akan dijemput menyertai barisan kepimpinan bagi menguatkan dan merapatkan semula perpecahan yang dah berlarutan sejak 10 tahun?
Adakah muka baru yang dari mana langit turunnya dilantik ke dalam jawatan pegawai sebagai menyahut seruan UMNO Pusat yang mahukan melakukan transformasi?
Adakah "Kuda Trojan" yang sering disebut-sebut oleh orang-orang UMNO di selitkan ke dalam jawatan penting sebagai balasan 'barter-trade'?
Hanya Mail Kijo sahaja yang punyai jawapan yang tepat ! Orang Ampang hanya menanti...
No comments:
Post a Comment