SIAPA GURU, SIAPA MURID?

sumber: The Flying Kick

Azwandin Hamzah adalah Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM). Banyak bercakap dan membidas Anwar Ibrahim. Banyak sangat kononnya tahu tentang Anwar Ibrahim. Sangat rapat kononnya dengan Anwar Ibrahim sampaikan segala cerita dalam kain Anwar, semuanya dia tahu.


Walhal, Azwandin Hamzah banyak tidak berlaku jujur dan amanah dengan kata-katanya sendiri!

TFK akan melakukan pendedahan besar tentang Azwandin Hamzah dan gelagat serta pembohongan-pembohongan yang dibuat untuk membesarkan dirinya selain menampakkan dia seperti seorang yang sangat penting.

Kerjaya awal orang yang kuat bercita-cita menjadi ADUN Bukit Antarabangsa serta suka sangat mengaitkan Mukhriz Mahathir dengan dirinya, kononnya dalam apa-apa hal Mukhriz akan memanggilnya untuk meminta pendapat, ialah pembantu di kedai buku milik seorang lelaki bernama Hadi. Walau bagaimanapun, temberang besarnya ialah, kedai buku tersebut adalah milik bapanya.

Bab tu nanti kita akan dedahkan kemudian!

Azwandin Hamzah perlu menjelaskan tentang RM200,000 duit 'bekas' kawan baiknya yang telah dikebas. Mendakwa dia pernah bekerja di IKD padahal Azwandin sekadar merempat dan menempel di IKD tanpa sebarang kerja, seharusnya Azwandin turut menjelaskan tentang 'misteri kehilangan' wang RM200,000 yang sepatutnya diserahkan kepada bekas kawan baiknya.

Dalam ceramah-ceramah yang kerap diberikan, kononnya dia adalah seorang jujur dan amanah tetapi berdasarkan maklumat serta bukti yang ada, Azwandin Hamzah sebenarnya tidak seperti yang diperkatakan.

Dan yang lebih penting selain RM200,000 yang dikebasnya, Azwandin juga seharusnya menerangkan tentang pertemuan-pertemuan sulitnya dengan Azmin Ali di beberapa lokasi rahsia, selain pembohongannya tentang banyak perkara lain....

Posting ini sekadar satu muqaddimah!!!

SAP: Bagaimana pula pandangan mereka yang mengenali rapat beliau seperti yang ditulis oleh seorang blogger yang dibawah?;

Dalam masa terdekat aku akan dedahkan satu ‘dokumen sulit’ mengenai siapa sebenar Azwandin Hamzah ini untuk tatapan anda semua.Dokumen bertaraf “class A document” yang akan menelanjangkan dia dari baju Umno yang dipakainya itu.

Sementara itu layan dulu dua artikel pendedahan dari The Flying Kick mengenai dia yang keluar sebelum persidangan tempuhari tapi sengaja tidak aku gembar gemburkan kerana ingin memberi dia peluang berubah.Anda nilai sendiri selepas membaca dan bakal ada lagi pendedahan secara detail dari The Flying Kick dan beberapa Top 20 bloggers mengenai makhluk yang bernama Azwandin Hamzah ini.Mungkin aku kau boleh tuduh berhasad dengki tapi blogger blogger Top 20 yang tiada kena mengena dengan aku kau nak sangkal apa.Mereka cuma ingin dedahkan Trojan Horse,China Doll dan Chikaro dalam Umno selama ini dan kau salah seorang darinya.Layan 2 artikel dibawah…

AZWANDIN BERGURU DENGAN MAT SABU


2 comments:

  1. Blogger Aku Peduli Apa@APA sekarang dah bercomolot dengan Azwandin, bertukar-tukar tahi gigi..APA sudah jadi? Satu Trojan Horse, satu Ungka berkurap (Ungka kurap akan melompat dan bergayut dari pokok ke pokok yang ada buah masak, bila buah dah habis dia terjun turun ).

    Dua species mamalia yang menjadi kesayangan Dato Mail Ampang yang bakal dinobatkan sebagai pengawal Pejabat UMNO Ampang. Sesiapa sahaja yang ingin berurusan dengan Ketua Bahgian Ampang, kena mengadap sembah mamalia ini dahulu, tidak terkecuali AJK, Ketua-ketua Cawangan, ahli2 sengkek, warga emas dan penagih2 BR1M.

    Dato Mail memang dah siap sedia cukur kepala sebab dia maklum selepas ini rambut dia memang tak akan tumbuh sebab akan selalu kena taji dengan makhluk 2 ekor ini....Jangan Main Main aaaa (JMM aaaa )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr Don u jangan main-main buat fitnah kat sini. U sepatutnya bangga kerana Dtuk Ismail melantik 2 orang yang amat berpengaruh di JPM dan diMalaysia, seorang penasihat strategik Politik diJab.Perdana Menteri (Mr.Azwandin) dan seorang lagi blogger No.1 dan ketua strategik Media Maya kpd PM ( Bloger APA).

      Dari apa yang di blast kat Ampang dan Selangor, mereka berdua amat rapat dengan PM dan PM sendiri kowtow sama depa. SU Kerja Umno Datuk Raof pun tercirit-cirit tengok muka depa berdua, sebut apa saja, dibagi oleh Datuk Raof itu....Jadi UMNO Ampang amat beruntung dan Datuk Ismail lagi-lagi untung besar sebab tak ada lagi orang dapat gigit sama dia....cerita terbaru Azwandin lempar fail ke muka Datuk Mustafa Mohd (YB Menteri Senior yang kuat kerja itu) di Putrajaya sebab lambat folo up permohonan AP bawa superbike kawan dia... cerita ini Utusan M dan TV3 tak cover sebab menjaga nama baik Menteri, tapi Tok Pa pun terkicit-kicit juga masa luluskan AP tersebut.

      Power, Power, aku bgitau sama u Mr.Don. Jadi Dont Play Play kat Ampang ni tau!!

      Delete