Lagi-lagi UMNO, UMNO & UMNO, bila nak habis?

oleh: sap

Pemilihan barisan kepimpinan UMNO Bahagian Ampang dah selesai. Yang menang semua dah tahu, yang kalah pun semua dah dijaja diseluruh pelusuk Ampang. Yang menang ada cerita tersendiri cara dan taktik serta teknik "silap mata" mereka-mereka ini menang. Yang kalah juga ada cerita disebalik punca mereka tersembam ke tanah dek kerana "janji-janji" palsu.

Tak perlu nak pertikaikan siapa yang menang dan tak perlu nak menangis siapa yang kalah. Politik itu penuh dengan unsur-unsur permainan "silap mata" serta catur. Perancangan teliti disusuli dengan imbuhan "peluru" adalah resepi utama kemenangan bagi calon di dalam mana-mana parti politik yang mengadakan pertandingan secara terbuka.


Hari ini, penulis nak bertanya apakah pula resipi Mail Kijo untuk merapatkan kembali kumpulan-kumpulan yang terpecah & berpecah & sengaja dipecahkan di dalam UMNO Ampang?

Bagaimana nak satukan semula mereka-mereka semua ini? Ini adalah bukan tugas yang mudah bagi seorang Ketua Bahagian yang pernah menghadapi persaingan sengit semasa pemilihan lalu?

Penulis percaya, Mail Kijo sendiri tahu caranya! Mail Kijo ahli politik yang berpengalaman luas diperingkat Perhubungan Negeri semenjak beliau di Pandan dan selepas Ampang Jaya dipecahkan kawasan yang kini dikenali Bahagian Ampang.

Mungkin Mail Kijo perlu memberikan "ujian" kepada calon-calon yang mahu di isikan ke jawatan dilantik seperti Setiausaha Bahagian, Bendahari Bahagian, Ketua Penerangan serta "slot" AJK Bahagian, 

Calon-calon di atas mestilah melepasi ujian "penerimaan" oleh semua kumpulan yang berpecah. tiada dan bukan cai kepada mana-mana kumpulan atau individu yang sebelum ini dilihat menyelinap masuk kesemua kumpulan melagakan sesama sendiri.

Tidak perlu nama-nama "glamour" untuk jawatan ini kerana lagi "glamour" seseorang itu lagi lah tinggi agenda peribadinya melebihi dari agenda parti serta ahli-ahli akar umbi.

Ramai yang "glamour" di dalam UMNO Ampang, ke sana-sini menghura-hara, melaga-lagakan, memfitnah itu, ini dan sebagainya. 

Merosakkan adalah mudah hanya melalui fitnah sudah cukup merobek persahabatan, untuk menyatukan dan menyambung semula apa yang terputus, hanya orang-orang hebat sahaja mampu melakukannnya.

Mail Kijo perlukan individu yang ihklas menyumbang kepada pembangunan parti dan bukan mereka yang menghabiskan masanya berpolitik sesama sendiri mahupun mencetuskan politik "divide and rule" yang sememangnya permainan yang disukai oleh Anwar Ibrahim serta anak-anak didik beliau yang bertukar menjadi katak.

Orang Ampang menkagumi kebijaksanaan Mail Kijo dan sudah sampai masanya Mail Kijo bentangkan pelan kebijaksanaan beliau kepada orang Ampang. Orang Ampang hanya menunggu....

No comments:

Post a Comment