Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia
Senikata lirik lagu Bersatu, Bersedia & Berkhidmat jika diselami pasti boleh menaikkan bulu roma sesorang khusus orang-orang UMNO sendiri. Baru-baru ini Persidangan Peringkat Bahagian UMNO Ampang dah selesai diadakan. Rata-rata yang hadir pastilah perwakilan yang telah dipilih ahli / terpilih oleh ketua-ketua cawangan masing-masing, istilah lain dalam UMNO ialah "cai-cai".
Kehadiran "cai-cai" yang sebegitu luarbiasa dari kebiasaannya juga menampakkan "electoral college system" di kesemua 191 bahagian berjaya menarik minat para perwakilan untuk hadir secara dipaksarela / memaksa diri hadir ke persidangan parti walaupun ada kedengaran unsur-unsur politik wang juga adalah luar biasa dari yang biasa.
UMNO Ampang juga tidak lari dari pertandingan merebut jawatan-jawatan penting bermula dari Ketua Bahagian sehingga ke segala apa jawatan yang ada ditawarkan. "Aku bertanding nak test market je " - ujar seorang ahli yang juga bercita-cita setinggi langit untuk merebut kerusi AJK Bahagian itu walaupun sebelum ini beliau dikhabarkan tidak pernah menjenguk muka ke dalam mesyuarat.
Sepanjang tempoh kempen, berbagai-bagai strategi telah digunakan oleh calon-calon samada yang cuba mempertahankan kerusi empuk, mahupun yang cuba-cuba nak merasa duduk dikerusi itu.
Tentang bagaimana taktik yang digunakan itu bakal diolahkan nanti satu persatu oleh penulis di lain kali. Hari ini penulis hanya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang berjaya termasuk Dato Ismail Kijo yang berjaya mempertahankan jawatannya walau beliau diserang kiri-kanan, atas, bawah dan selagi yang boleh.
Tahniah kepada orang-orang UMNO yang telah memilih Dato Ismail Kijo, Datuk Badrisham Jolly, Mohammad Nadzim, Dr Rozaidah Talib. Orang-orang UMNO sememangnya tahu membalas jasa walau kesemuanya pernah kalah / tersungkur semasa pilihanraya yang lepas.
No comments:
Post a Comment