Padan Muka Umno

AMPANG- Lapuran akhbar Sinar Harian bertarikh 30 Januari 2011 memaparkan lapuran Polis yang telah dibuat oleh hanya beberapa orang Pemuda Umno Bukit Antarabangsa mengenai dakwaan mereka ada beberapa perkataan lucah telah ditulis di atas kain rentang yang membawa logo BN dan Umno termasuk juga beberapa kain rentang yang lain.

Balai Polis Hulu Kelang telah mengesahkan menerima lapuran tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut bila ditanya oleh kami. Suara Ampang Point telah difahamkan bahawa kain rentang milik Umno telah disabotaj oleh orang yang belum lagi dikenali mungkin di atas faktor tidak puas hati mereka dengan tindak tanduk Umno yang dilihat sengaja mencetuskan 'peperangan' dengan Pakatan Rakyat.


Dalam pada masa yang sama, kami dimaklumkan pihak Umno telah memasang berbaris-baris bendera parti tersebut seolah-oleh sedang menyambut perayaan pilihanraya. Jelas sekali perbuatan yang suka menunjuk-nunjuk oleh pihak Umno itu dibalas dengan rasa tidak senang hati oleh beberapa pihak yang melihat gelagat beberapa puak-puak Umno yang semakin terdesak membina tapak selepas diberikan tamparan kekalahan yang memalukan pada PRU12 yang lepas.

Apa-apa pun, hakikatnya PADAN MUKA UMNO!!!

4 comments:

  1. sekali lagi....kerja bodoh

    ReplyDelete
  2. aku setuju....p mampus

    ReplyDelete
  3. Pemuda UMNO perlu membaiki perkhidmatan. Hampiri rakyat dan bersama-sama mendengar permasalahan mereka.

    UMNO adalah parti politik bukan jabatan kerajaan.

    ReplyDelete