Teguran buat YB Zuraida...jangan jadikan kanak-kanak mangsa

oleh S Saleh

Penulis baru-baru ini berkesempatan menenmui beberapa orang penduduk di atas Bukit Antarabangsa, kawasan yang terkenal dengan jolokkan "Celebrity Hills", ramai artis terkemuka tinggal di sana termasuk Datuk Siti Nurhaliza.

Sudah hampir 6 bulan penulis tidak memijak Craven Cafe, restoran yang sering menjadi tumpuan penduduk-penduduk di sana untuk berjumpa rakan-rakan dan tempat menjamu selera Nasi Kandar yang terkenal.



Kedatangan penulis disambut dengan tawaran secawan teh tarik yang sememangnya menjadi minuman wajib harian yang sukar diketepikan walaupun doktor telah beberapakali menasihati penulis untuk mengurangkan pengambilannya.

Sedang rancak penulis bercerita dengan rakan-rakan yang sudah hampir 6 bulan tidak berjumpa, tiba-tiba penulis terkejut di datangi oleh "public figure" terkenal ke meja penulis sambil bertanya khabar.

Beliau yang kemudia dilihat bersama-sama dengan beberapa pembantunya meninggalkan Craven Cafe dengan sebuah kenderaan berwarna perak yang diletakkan menghalang lalu lintas.

"Hmm... kenapa YB tak suruh driver park kereta supaya tak gangu orang ramai?" - keluh penulis di dalam hati.

Lansung, dari cerita berkisar tentang sahabat dan rakan-rakan yang lama tidak didengar kini bertukar kepada kisah YB Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang.

Penulis diberitahu oleh salah seorang penduduk dis itu bahawa baru baru ini kecoh sedikit di salah sebuah sebuah apartment di Bukit Antarabangsa apabila YB Zuraida datang secara menyelinap masuk!.

"Ehhhh betul ke"?

Setelah mendengar apa yang diceritakan, kepala ini sibuk berfikir mengapa harus terjadi sedemikian?

Terdesak sangatkah YB Zuraida ni nak kekalkan kuasa di kalangan wanita-wanita di Bukit Antarabangsa daripada pengaruh Azmin Ali? Apa YB Zuraida sanggup menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa?

Namun setelah difikirkan secara mendalam dan apa yang kini berlaku di antara YB Zuraida dengan YB Azmin Ali, tindakan Zuraida mungkin juga satu tindakan yang tidak bijak bagi seorang dewasa menggunakan kanak-kanak sebagai alat politik.

Apa yang difahamkan oleh penulis, YB Zuraida baru-baru ini telah menyampaikan risalah 100 hari Pakatan Rakyat kepada kanak-kanak di sebuah apartment sewaktu beliau berkunjung di situ. Penulis juga dimaklumkan bahawa penduduk-penduduk serta persatuan penduduk tidak dimaklumkan mengenai kedatangan YB ke situ.

Ujar rakan penduduk di situ, YB Zuraida engkar arahan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan menjadikan surau tempat berceramah politik.

Penulis sempat juga mengambil kesempatan berkunjung ke apartment berlakunya kanak-kanak dijadikan magsa alat politik YB Zuraida. Hasil tinjauan penulis dengan beberapa ibubapa di situ rata-ratanya jelas kesal dan marah dengan tindakan YB Zuraida memberi risalah kepada kanak-kanak.

Ada juga penduduk yang memberi amaran keras kepada YB Zuraida sekiranya perkara yang sama berulang, beliau sendiri yang akan mengusir YB keluar dari situ.

Nasihat penulis kepada YB.. jadilah orang dewasa yang bertamadun, hormat menghormati dan jangan jadikan kanak-kanak alat politik untuk disuapkan dengan riasalah.

Mungkin juga orang dewasa yang tak nak terima risalah dari PR, tetapi jangan kerana ego, kanak-kanak dijadikan mangsa. Aduhai........YB!

7 comments:

  1. dahlah tu....bertaubatlah..ingatlah kita ni ada tuhan...hidupkan kat dunia ni pun sementara je...janganlah sebar fitnah dan reka-reka cerita... kalau teringin sangat nak jadi blogger, tulislah cerita sepenuhnya, dan cerita yg betul ....entah bila kita dapat berjumpa dgn org yang kita fitnahkan utk pohon maaf jika kita ditakdirkan nazak...

    ReplyDelete
  2. blogger ni memang selidung disebalik bayang2. dengar cerita org ketiga terus menulis yang bukan2. macamlah rakan2 dia tu bagus sangat...sedap jari jemari saja menulis. otak letak kat bontot.

    ReplyDelete
  3. Wahai penulis S Saleh yg sengal & "JAHIL" ttg Agama ISLAM, jgn menulis sesedap rasa jer!!! Kata dah buat research apa yg sebenarnya yg terjadi di Oakleaf Park Condo(x pyhlah penulis nak cover line ler) tp saudara x telus melaporkan apa yg sebenarnya terjadi!!! Sapa yg kata YB secara menyelinap masuk ke condo tersebut? Untuk makluman, pihak penganjur telah membuat panggilan & sms kpd Presiden Persatuan Penduduk tapi tiada jawapan! Tujuan majlis tersebut adalah program "Back To School" iaitu menyampaikan bantuan buku & alatulis untuk pelajar2 yg layak di kalangan penduduk Oakleaf Park Condo, seramai 28 pelajar yg layak hadir untuk menerima bantuan tersebut! Sebagai YB Parlimen Ampang, beliau telah menjalankan khidmat sosial yg patut di puji & bukan dikeji oleh segelintir golongan yg jahil berfikir negatif sahaja! Penduduk oakleaf "rata-ratanya jelas kesal dan marah" adalah golongan yg tidak menerima bantuan tersebut, ego & taksub dgn parti politiknya! Kembalilah kpd ajaran ISLAM yg berlandaskan AL QURAN, HADIS & NABI MUHAMMAD S.A.W sebagai pemimpin yg AGONG di muka bumi ini bukannya Sultan,PM & sebagainya. Tiada dlm kandungan AL QURAN pun yg melarang berpolitik dlm tmpt beribadah, sedangkan di zaman NABI MUHAMMAD S.A.W baginda menjalankan segala urusan pemerintah kerajaan,ekonomi, politik dsbnya di Masjid Nabi sendiri.. Wahai S Saleh, anda tu x layak menjadi penulis kalau bahan pun x cukup tp berani mendedahkan cerita yg mengaibkan org lain! Bertaubat saudara sebelum maut menjemput anda!!! Sekian... Ikhlas & Jujur, Satu Perjuangan...

    ReplyDelete
  4. Salam.... Saya salah seorang pelajar duduk di Oakleaf Park Condo yg menerima bantuan buku & alatulis pada hari tersebut mengucapkan ribuan "TERIMA KASIH" kpd YB Zuraida yg begitu perihatin terhadap masalah rakyat. Kepada penulis S Saleh eloklah bertaubat & minta maaf kpd YB ttg laporan palsu yg anda dedahkan... Pelajar Sek Men Melawati 2.. Peace No War...

    ReplyDelete
  5. dan ingatan pada sdr S...hati2 dengan diri anda! ramai yg memerhati sdr S dan rakan sdr... sdr B. gerak geri sdr berdua menjadi tumpuan... tungguuuuuuuu.

    ReplyDelete
  6. He he..bunyi isu macam biasa aku dengar dalam perbincangan dgn Ahli Majlis dan bbrp jawatankuasa JKP tempohari.

    Apakah sdra B adalah orang yang sama spt yang dirujuk suara wanita.

    Suara Ampang Point keluarlah dari berlindung dibelakang blog tanpa rupa.Buat macam aku letak gambar besar2 baru anak jantan.

    Dosa kau pada aku kerana menimbulkan fitnah kpd aku,aku ampunkan.Tapi pada orang lain kau tanggung sendiri

    ReplyDelete
  7. Respect and that i have a keen offer: How Many Houses Have Been Renovated On Hometown 2nd story addition

    ReplyDelete