Sunday, January 9, 2011

MB Selangor lambat

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani memberitahu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak berkata apa-apa apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertanya mengapa kerajaan negeri tidak mahu menerima pelantikan Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan negeri.

‘‘Tuanku ada bertanya, mengapa tidak suka Khusrin, adakah dia ada melawan tetapi Menteri Besar tidak kata apa-apa,” katanya.


Kenapa Menteri Besar tidak dapat menjawap dengan secara jujur soalan yang dikemukakan kepada beliau oleh DYMM Tuanku?

Persoalan utama yang timbul adakah Menteri Besar baru sahaja mendapat tahu bahawa Mantan SUK akan bersara baru-baru ini?

Menurut sumber dari pihak tertentu, Menteri Besar telah mengetahu kekosongan jawatan SUK sejak 6 bulan yang lepas. Ketika itu Datuk Ramli Mahmud sendiri telah mencadangkan 8 nama sebagai penganti beliau kepada Tan Sri Khalid, termasuk nama Dr. Hassan Ali selain dari nama Khusrin.

Beliau menjelaskan lapan calon layak telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah lebih tiga bulan sebelum persaraannya.


“Senarai ini telah disembahkan kepada Sultan dan diserahkan kepada Menteri Besar. Saya meminta beliau, berbincang dengan baginda,” jelas beliau.

Menurut beliau, “satu salinan dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pemilihan bagi memastikan SUK Selangor itu orang Selangor dan mempunyai pengalaman bekerja di Selangor bagi mengetahui adat kerja.

“Saya telah kemukakan tiga calon JPA kepada Sultan Selangor. Baginda telah memberi perkenan atas pemilihan Khusrin melalui surat kepada saya yang sesalinannya dihantar kepada Menteri Besar,” jelas beliau.

Sememangnya dilihat daripada kronologi yang dibentangkan oleh Datuk Ramli Mahmud, adalah sangat sukar untuk mempercayai bahawa Menteri Besar tidak dimaklumkan mengenai pemilihan Khusrin terlebih dahulu.

Adakah Menteri Besar lambat untuk berbincang dengan Tuanku mengenai senarai 3 calon yang telah disenarai pendek bagi memegang jawatan SUK?Mengapa Dr. Hassan Ali juga tidak tampil memberikan kenyataan menegnai nama beliau telah disenaraikan antara 8 calon tersebut. Mungkin juga Dr. Hassan Ali tidak ambil berat mengenainya atau kedua-dua mereka mempunyai agenda tertentu untuk mempolitikan isu perlantikkan ini?

Mengapa selepas Khusrin dilantik, Menteri Besar sengaja memperbesarkan-besarkan isu ini dan mengheret rakyat Selangor bagi membidas dan membenci DYMM Tuanku?


Mengapa juga Menteri Besar ingin mencadangkan sidang Dewan Negeri tergempar bagi mengubal undang-undang untuk memberikan kuasa kepada DYMM Tuanku dan Menteri Besar bagi perlantikkan tiga pegawai negeri iaitu SUK, Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Kewangan?

Seperti biasa poltik ini mempunayi maksud yang tersirat dan tersurat umpama gerakan Pakatan Rakyat yang sengaja menwarwarkan untuk mengambil Sarawak tetapi yang sebenarnya peracangan utama mereka ialah memberikan penumpuan kepada Pulau Pinang.
Ramai rakyat yang tidak memahami sebenar Undang-undang tubuh Negeri dan kuasa-kuasa yang termaktub di dalamnya. Apakah agenda sebenar mengubal Undang-undang tubuh negeri seperti yang dicadangkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim?

Adakah Selangor akan menjadi "acid-test" untuk dirujuk dinegeri-negeri yang dikuasai pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan?

Mungkin juga ramai yang tidak memahami bahawa perundangan adalah perkara yang paling halus dan sukar untuk kita interpertasinya kecuali kita memahami fakta yang sebenarnya.


Jika Kerajaan Negeri boleh melantik SUK sendiri , Pegawai Kewangan dan Pegawai Undang-Undang, maka tidak hairanlah jika suatu hari nanti perlantikkan untuk Ketua Polis, Ketua Imgresen dan lain-lainnya dibuat oleh Menteri Besar.

Apakah satu hari nanti kita terpaksa menggunakan passport untuk memasuki Pulau Pinang?

1 comment:

  1. Mohon promosikan blog kami untuk PRK Tenang.

    http://tenangprk.blogspot.com/

    Terima kasih.

    ReplyDelete