Bahana terpengaruh janji-janji "Bulan dan Bintang"

Pada 8 hb Mac 2008, seramai 3,796,464 pengundi telah membuat keputusan untuk memilih calon-calon daripada pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.

Daripada jumlah pengundi tersebut, kesemua mereka bertanggungjawab menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, kehilangan kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak (selama 11 bulan) serta BN terus menjadi pembangkang di Kelantan.



Sebahagian besar pengundi bertindak demikian pada pada masa itu bukan sahaja kerana tidak puas hati dengan kerajaan BN malah ada di antara mereka terpengaruh dengan 'gula-gula' yang ditawarkan pembangkang.

Oleh itu mereka berkempen habis-habisan supaya rakyat menumbangkan BN dan memberi peluang kepada mereka untuk memerintah kononya mereka boleh membawa harapan baru.

Tetapi setelah hampir 3 tahun mungkin sebahagian besar pengundi yang sudah pasti ada antara mereka yang merajuk dengan kepada BN ketika PRU lalu kini menyesal dengan keputusan melontar undi kepada pembangkang.

Bagi kelompok penyokong tegar pembangkang, mereka mungkin tidak mempunyai apa-apa perasaan tetapi bagaimana dengan pengundi 'atas pagar' yang memberi undi kepada kelompok berkenaan atas dar 'protes'?

Apa yang ditunjukkan oleh wakil-wakil rakyat pembangkang sepanjang tempoh 3 tahun ini seharusnya memberi pengajaran kepada kita supaya tidak mengikut perasaan dalam membuat keputusan.

Perilaku yang ditunjukkan pembangkang sama ada di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di Perak sudah menjadi bukti bahawa pakatan berkenaan sepatutnya tidak layak dipilih sebagai wakil rakyat dan tidak layak dipanggil YB (Yang Berhormat)

Mereka 'mengubah wajah' Dewan Rakyat' dengan berselindung di sebalik imuniti sebagai ahli dewan untuk melemparkan fitnah, tomahan dan dakyah kepada kerajaan.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga 'menyerang' institusi Raja dengan sewenang-wenangnya, juga termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mana-mana juga pihak yang tidak 'sebulu' dengan mereka,, biarpun bertindak benar termasuk Mufti Negeri akan dikecam habis-habisan.

Ini adalah bahan atau balasan yang diterima oleh pengundi-pengundi yang pada PRU lalu ada antara mereka yang teruja untuk menyebelahi pembangkang.

Kini mereka harus sedar bahawa apa yang mereka lakukan ketika PRU lalu sama sekali tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat dan negara.

Jika sebelum ini pembangkang menggambarkan kerajaan BN buruk dalam segala-galanya tetapi hakikatnya mereka lebih buruk daripada apa yang mereka dakwa.
Politik yang berasaskan matlamat menghalal cara menjadi 'senjata utama' kepada pembangkang dalam usaha mereka meraih sokongan rakyat. Pengundi yang terpedaya dengan lakonan pembangkang dalam PRU lalu perlu bertanggungjawab menamatkan segala kecelaruan politik yang berlaku.


Perhatikan lah dengan fikiran terbuka dan hati yang tenang, kemudian nilailah, apakah parti pembangkang yang anda pilih sudah benar-benar memenuhi apa yang anda hajati selama ini.

No comments:

Post a Comment