AMPANG- Lapuran akhbar Sinar Harian bertarikh 30 Januari 2011 memaparkan lapuran Polis yang telah dibuat oleh hanya beberapa orang Pemuda Umno Bukit Antarabangsa mengenai dakwaan mereka ada beberapa perkataan lucah telah ditulis di atas kain rentang yang membawa logo BN dan Umno termasuk juga beberapa kain rentang yang lain.
Balai Polis Hulu Kelang telah mengesahkan menerima lapuran tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut bila ditanya oleh kami. Suara Ampang Point telah difahamkan bahawa kain rentang milik Umno telah disabotaj oleh orang yang belum lagi dikenali mungkin di atas faktor tidak puas hati mereka dengan tindak tanduk Umno yang dilihat sengaja mencetuskan 'peperangan' dengan Pakatan Rakyat.