Tabik Tok! Hebat Mail Kijo..

oleh sap

Pemimpin hebat memang sukar nak dicari, apatah di zaman politik yang semakin membusuk dengan perangai yang tidak henti-henti menikam rakan-rakan sendiri. Namun, rakyat Ampang boleh berbangga apabila ada seorang Ketua UMNO Bahagian yang memiliki kecerdikan yang luar biasa berbanding dengan ahli-ahli politik yang ada di Negeri Selangor ini.


Kepintaran Mail Kijo sering disebut-sebut sebagai seorang Jeneral yang mampu berperang menewaskan musuh-musuhnya tanpa memerlukan kekuatan bala tentera yang besar. Ini terbukti apabila Mail Kijo berjaya menewaskan musuh dalaman sendiri semasa Persidangan Perwakilan Bahagian Ampang baru-baru ini.


Begitu juga beliau amat terkenal dengan kemahiran untuk menaikkan / menurunkan  seseorang di dalam dunia politik, jika tidak rakyat Ampang tidak mengelarkan "Mail Kijo Jeneral 3 -Bintang" di dalam kemahiran sebegitu.

Kepakaran Mail Kijo di dalam 'ilmu strategi politik' dapat disamakan seperti karya Shen Tzu "Art of War" telah sekali lagi terbukti apabila beliau melantik / memveto perlantikkan bagai jawatan Setiausaha Bahagian, Bendahari Bahagian, Ketua Penerangan serta beberapa AJK Bahagian dari kalangan mereka yang juga memiliki kehebatan di dalam 'ilmu masing-masing', baik dari segi ilmu garang dan bengis, ilmu gagap. ilmu sesumpah seperti Anwar mahupun pelbagai ilmu yang pastinya tidak dimiliki oleh mereka-mereka yang tidak dilantik sebagai pegawai.

Perlantikkan pegawai-pegawai ini sudah pasti akan memperkuatkan barisan serangan UMNO Ampang untuk berterusan mengempur Keadilan serta PAS Ampang yang secara kebetulan dibarisi oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Sudah pasti mereka yang baru dilantik khusus di bidang maklumat juga akan bijak mencatur, mencipta, menabur, mereka-reka. mengada-adakan dan sebagainya yang tidak terfikir oleh akal serta keberanian ahli UMNO Ampang yang biasa untuk melakukan perkara tersebut tambahan lagi apabilanya ianya melibat perkara-perkara yang menjurus kepada dosa, haram dan sebagainya.

Namun itulah kebijaksaanaan Mail Kijo, ahli politik yang berwajah baru meletakkan strategi serampang mata kail serta pukat tunda untuk mengaut kemenangan di Ampang. Seperti pepatah bahasa Inggeris "Keep Your Enemy Close and Closer".

Belum tentu Tuan Hj Aziz Derus mahupun Isa Saidi dan Azman Wahid mampu mencapai kebijaksaan sebegitu sekalipun jika mereka menang bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Ampang. Kebijaksaan Mail Kijo tidak mampu ditiru oleh mana-mana pemimpin lain. Tabik TOK!!! 

2 comments:

  1. Ini lah namanya menang Sorak kampong tergadai.
    Kenapa orang yang bertanding dinamakan Musuh?
    Bodoh punyer blogger. Kalau nak ampu kena bertempat.

    ReplyDelete
  2. Umngok mmg bongok. Macai

    ReplyDelete