AMACAM X-PKRians? Terperangkap dengan mainan sendiri??

oleh : sap

"Jika nak bermain catur, papan catur janganlah diterbalikkan", itu merupakan ungkapan yang pernah disebut semasa Persidang Perwakilan UMNO Bahagian 2011 oleh Azwandin Hamzah, bekas Ketua AMK Wilayah yang pernah juga terlibat di dalam segala bentuk demostrasi menghancurkan Kuala Lumpur dan merosakkan harta benda awam.


Kenapakah beliau mengungkapkan perkataan yang sebgitu rupa dan ditujukan kepada barisan kepimpinan UMNO Ampang ketika itu?


Jelas waktu itu, dia sememangnya turut ingin serta bermain catur tetapi tidak memiliki papan catur dan lebih-lebih lagi tiada siapa pula yang teringin nak bermain dengan beliau yang waktu itu X-PKRian ini boleh dikategorikan sebagai pemain catur kelas novis atau beginner. Maka berteriaklah beliau di sekeliling Ampang yang kononnya papan catur telah diterbalikkan dan beliau menjadi mangsa dan menagih simpati di sana-sini umpama peminta sedekah yang berlakon susah.

Melihatkan keadaan beliau yang agak compang camping, rambut yang kusut masai, tidur tidak berapa boleh lena dan rumah yang tidak ada geran, dengan belas ihsan dari Dato Mail Kijo menihadiahkan segala pakaian serta pelbagai kelengkapan diri untuk beliau menampakkan diri sebagai seorang pemain catur yang bertaraf amatur. Pelbagai didikan dan ilmu yang diajar turut disematkan ke dalam diri Azwandin agar rakyat Ampang serta ahli UMNO Ampang dapat menerima seorang peminta sedekah yang 'berlakon susah walhal pakaian yang baik disorokannya dari masyarakat umum".

Namun, ilmu bermain catur yang dipelajari oleh Azwandin agak berbeza dan jauh pelinya daripada kalangan pemimpin-pemimpin UMNO di Ampang. Belum lagi pernah kedengaran mana-mana orang UMNO yang menjaja nama Menteri mahupun Perdana Menteri yang mengkaitkan untuk kepentingan diri sendiri. Nama-nama seperti Mukhriz Mahathir, Tun Mahathr, Dato Najib diantara nama-nama yang 'memberkan restu' sering dijaja ke sana-sini. Yang peliknya, nama-nama ini dijaja kepada rakyat Ampang dan bukan ahli UMNO Ampang.

X-PKRian ni nak bermain catur dengan ahli UMNO ke atau rakyat ?

Permainan catur Azwandin bukan dengan ahli UMNO Ampang tetapi lebih kepada dengan rakyat Ampang.

Kenapa perlu Azwandin mengheret rakyat Ampang serta masyarakat Ampang untuk bermain catur dengan beliau? Wahal , rakyat Ampang lansung sedikit tidak berminat dengan permainan catur politik kepentingan diri sendiri!

Jika sebelum ini beliau sering menjaja bahawa beliau tidak dibenarkan bertanding untuk calon wakil rakyat oleh Mail Kijo, kenapa di dalam sebuah organisasi yang berpegang kepada demokrasi, Azwandin tidak bertanding apa-apa jawatan diperingkat UMO Bahagian yang berlansung baru-baru ini?

Adakah beliau hilang kelayakkan? Adakah beliau tidak mempunyai kelulusan akademik yang seteraf? Adakah beliau tidak memiliki ciri-ciri seorang pemimpin yang berani berjuang? Adakah beliau takut kepada "pedang-pedang politik" yang akan berjalan mencari beliau walau ke-mana beliau cuba berkempen?

Jawapannya pembaca sendiri boleh fikir dan difahamkan...

Pendapat umum, sebenarnya Azwandin pemain catur amatur hanya berani bermain catur dengan rakyat yang lansung tidak tahu bermain catur tetapi bertukar menjadi penakut dan bacul bila diajak bermain catur dengan taraf amatur yang lain khusus dikalangan ahli-ahli UMNO sendiri.

Itulah hakikat yang berlaku pada hari ini. 

Apapun, Mail Kijo bijak menghidu permainan catur Azwandin yang pelik ini, maka dirapatkan X-PKRian ini ke dalam barisan kepimpinan UMNO Bahagian agar beliau tidak berterusan mengheret rakyat bermain catur politik bersama beliau. Inilah kebijaksaan Mail Kijo yang terpaksa menyelamatkan UMNO Ampang dari terus dijadikan "kambing hitam" oleh X-PKRian.

Dalam masa yang sama, Azwandin harus berpegang dengan ungkapan asal beliau bahawa "jika sudah berada di atas, janganlah cuba terbalikkan papur catur itu".

1 comment:

  1. KL Group Zumba Fitness Dance -Ampang Point -GoFitGoZumbaWithUs

    Are you looking to lose weight, get fit, or stay healthy?

    This is a group for EVERYBODY !!! Let's kick start with a Happy day,Fun Zumba dance serve with Pre-workout & Pro-workout Nutrition drink...plus if you're looking for a way to lose weight, get fitter, break the boredom, get motivated, make new friends AND have a really good time n good way of relieving stress...look no further Come Join US We are !
    WE TEACH PEOPLE HEALTHY ACTIVE LIFE STYLE AND HOW TO LOOK GOOD, FEEL GOOD, AND LIVE GOOD. NO EXPERIENCE NECESSARY OPEN TO THE PUBLIC
    我们提供简单有趣的团体运动!赶快来跟我们报名吧! 地点: Lot 24-A, Jalan Mamanda 4, Ampang Point, 68300 Ampang 课程: 有氧,基本肌肉训练,风靡世界的Zumba课程 让热爱生命的你动起来 Zumba(尊巴)将神奇的、无法抗拒的音乐与动感易学的动作与间歇有氧运动融合在了一起。还有备有最棒的活力三杯水.

    目標: 在充滿正面能量的环境下,透過我們對健身與健康的熱情,加上專業教练,激励與幫助我們的学员有效達到個人健身與健康的目標。不用器材也能好身材!!!
    大家是否心動, 心動不如馬上行動 ^^


    What are you waiting for? Join it now ヽ(^o^)ノ ❤ ♬ ✩
    Please make a reservation:Call / SMS / Whatsapp / Line / WeChat 016-8887620 / 014-9951816 (Summer) / 016-8165670 (Kelvin)☀☀☀

    ReplyDelete