Hari Sabtu 16-11-2013 bertempat di bangunan UMNO Ampang, mesyuarat bahagian yang pertama telah diadakan selepas berakhirnya Persidangan Perwakilan baru-baru ini. Pada masa yang sama juga telah berlansung upacara penyerahan watikah perlantikkan kepada beberapa orang pegawai serta AJK Bahagian yang telah dilantik sendiri oleh Dato Ismail Kijo, yang turut sama dihadiri oleh hampir keseluruhan mereka yang memegang jawatan di pelbagai peringkat.
Hasil daripada kelansungan pertemuan di kalangan kesemua mereka yang berjawatan di dalam parti itu secara rata-ratanya telah menanamkan keazaman untuk menumbangkan Pakatan Rakyat iaitu PKR dan PAS di Parlimen Ampang pada PRU 14 nanti.
Hasil daripada kelansungan pertemuan di kalangan kesemua mereka yang berjawatan di dalam parti itu secara rata-ratanya telah menanamkan keazaman untuk menumbangkan Pakatan Rakyat iaitu PKR dan PAS di Parlimen Ampang pada PRU 14 nanti.
Sebilangan dikalangan mereka yang tidak dapat mengawal perasaan akibat kekalahan berterusan di tangan PKR dan PAS, merayu agar perpaduan di kalangan ahli dari semua peringkat diperbetulkan semula demi kelansungan perjuangan parti ini di Ampang. Sudah cukup dan cukuplah acara tikam menikam dari belakang, benci membenci sesama sendiri, khinat mengkhinati serta lain-lain perasaan yang didorongi oleh nafsu syaitan.
Sememangnya suasana politik dikalangan ahli-ahli UMNO Ampang telah berada di tahap "panas serta tefang" ditambah pula selepas berakhirnya pemilihan pada baru-baru ini. Sudah menjadi adat pertandingan, ada yang menang dan juga pasti ada yang kalah. Kematangan ahli-ahli juga perlu diperbaiki agar emosi yang berpahat kepada nafsu pemimpin tidak berterusan untuk menjadikan alasan bercakaran sesama sendiri.
Ini adalah tugasan yang paling penting dan pertama perlu digalas oleh setiap mereka yang telah dipilih dan juga dilantik, perbaiki diri masing-masing dan mendidik kepercayaan terhadap agenda parti khusus di Ampang.
Sebagai pemimpin walau apupun jawatan yang disandang, anda seharusnya menunjukkan contoh dan model persahabatan dan teras kepercayaan terlebih dahulu sebelum meminta ahli-ahli yang lain mengikut sama. Tidak guna mahu mendidik jika anda juga banyak yang kekurangan umpama, ketam mahu mengajar anaknya berjalan lurus dan hasilnya nanti ibarat menggantang asap dan mengukir langit.
Tidak perlu rasanya pemimpin-pemimpin ini melancarkan dan merasmikan pelbagai program besar-besaran untuk masyarakat Ampang lagipun, sedarlah dan sedarlah anda berada di pihak yang kalah, apa yang anda mampu selesaikan untuk penduduk Ampang? Masalah kesesakkan lalulintas yang berlaku hampir disemua persimpangan keluar perumahan? Masalah peparitan, perumahan dan rekreasi yang kini MPAJ bukan lagi di bawah pengaruh anda? Masalah menyediakan peluang pekerjaan untuk anak-anak muda? Masalah peniaga kecil yang sering ditindas oleh Ah-Long?
Lupakan sahaja dahulu di peringkat awal ini untuk menyelesaikan masalah rakyat Ampang kerana anda bukan wakil rakyat yang dipilih majoriti.. Kami sudah tahu kepada siapa yang perlu kami tuju untuk segala permasalahan tersebut.
UMNO Ampang dikhabarkan mempunyai belasan ribu ahli juga seharusnya sepatutnya berasa malu kepada Pakatan Rakyat kerana tewas kepada jentera yang lebih kecil dan kekurangan serta parti yang tidak memiliki ahli yang ramai serta struktur yang bersistematik seperti UMNO.
Kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan ibarat mahu menjaga orang lain tetapi ahli sendiri terabai tanpa pembelaan. Jika benar, UMNO Ampang menjaga kepentingan ahli-ahli mereka, berapa peratuskan ahli UMNO Ampang yang turun mengundi pada PRU13 yang lepas? Adakah lebih dari 81%? atau kurang daripada 50%?
Barisan kepimpinan yang baru dipilih serta dilantik dengan agak lantang bersuara seolah-olah jaguh kampung yang baru dinobatkan kejuaraan yang mana penghujung jalannya akan menjadi seperti ayam yang berkokoh riuh sekampung dan hasilnya nanti seperti sedia maklum, ibarat mengetuk tin yang kosong.
Pada peringkat awal inilah, sebaiknya meletakkan matlamat serta perkara yang paling penting dan betul terlebih dahulu sebelum mahu mecari dan memperbetulkan kesalahan orang lain atau memasang keazaman berkobar-kobar mahu menumbangkan Pakatan Rakyat,
Yang terbaiknya, ubahlah diri anda, ubahlah nafsu kebendaan, ubahlah .nafsu wang dan ringgit, ubahlah nafsu kejar jawatan, ubahlah nafsu ibarat menjadi gunting di dalam lipatan. Ingatlah jawatan ini adalah amanah yang berat dan jangan dipersia-siakan masa untuk mengejar projek sana-sini. Orang Ampang dah mula muak...
No comments:
Post a Comment