Semboyan telah berbunyi..menuju medan bakti! Bila Najib Razak umumkan pembubaran parlimen pada 11:30pagi 3hb April 2013, apa yang ditunggu-tunggukan telah tiba. Macam pengumuman tarikh nak raya aje berdebar-debar semua menunggu dan tak kurang juga ramai kaki judi di Ampang ni yang kalah judi apabila rata-rata hilang wang pertaruhan di dalam memperjudikan tarikh pembubaran Parlimen Malaysia.
Hampir 5 hari penulis meronda di kawasan Parlimen Ampang cuba mendaptkan berita terbaru mengenai suasana pilihanraya baik di kem Umno, PKR dan Pas yang penulis sempat berjumpa, rata-rata berceritakan perkara yang sama iaitu CALON!
DUN Lembah Jaya yang dimenangi oleh PAS juga tidak lari dari permasalahan pemilihan siapa nak dicalonkan kerana sekarang sudah mnejadi Team A dan Team B , penyandang sekarang akan bertembung dengan muka baru yang baru nak mencuba nasib. Nasib la YB Kassim..alahai Kassim...........turunlah Jenice Lee ke dan apa-apa Lee belum tentu YB selamat. Mulalah acara lobi-melobi dah sudah pasti ada kerja jahat dijalankan untuk menjatuhkan memasing.
Begitu juga dengan pihak Umno yang nak mencabar kerusi DUN Lembah Jaya, Bukit Antarabangsa dan Parlimen Ampang. Kalau PAS ada Team A dan Team B, Umno pulak macam lah kita tak tahu peel memasing, jadilah Team A, Team B, Team C, Team D dan kalau diizinkan mahu berlarutan sampai Team Z. Tidak hairanlah ada kedengaran beberapa hasrat dari pengikut-pengikut yang kononnya setia kepada pemimpin selain setianya mereka kepada imbuhan, akan cuba mensabotaj sehingga ke hari penamaan calon.
Bagaimana dengan PKR pulak? P99 dan N19 Parlimen Ampang dan DUN Bukit Antarabangsa? Aman? SALAH! Walaupun tidak nampak dimata, PKR yang sememangnya terkenal dengan mainan silap mata seiring dengan kepakaran mereka bertuhankan mata satu serta pandai baling batu dan sembunyikan tangan dilanda masalah, menurut berita dari pegawai tertinggi kawasan, telah wujud pula Team A, Team B, Team C dan ada pulak Team D yang didatangkan khas dari MPT.
"Kalau bos aku tak dipilih calon, aku sabotaj je" - gitulah ujar pegawai kawasan yang berpaksi kepada PKR.
"Kalau "XXXX" ni dicalonkan, peti undi yang kita jaga ini kita kasi kalah" - ujar seorang yang terkenal juga dikalangan parti Umno yang terkenal di Ampang
" MasyaAllah diorang ni tak tahu ker YB XXXX tu dah buat kerja bertahun-tahun, ni tetiba ada nak cabar YB, aku tak boleh terima ni..aku kerah je orang tak turun mengundi baru dia orang tahu nanti" - ujar seorang kakitangan lurus bendul seorang YB yang mula berkopiah ke hulu-hilir sejak menang PRU12.
Senario pemilihan calon amatlah penting di Ampang yang mempunyai pengundi dari pelbagai demographik yang unik serta amat berbeza dengan DUN-DUN yang lain di Selangor.
Jangan terkejut jika sewaktu penamaan calon ada terdengar ayat-ayat di atas diulangkan semula tanpa rasa bersalah mahupun malu
No comments:
Post a Comment