P99 Bakal Menerima YB Baru?

oleh Suara Ampang Point

Sana-sini semua bercakap pasal tarikh keramat bila nak bubar Parlimen? Sampai ada yang dah cukup muak mendengarnya, baik di kedai-kedai kopi, mamak aka mapley, kopitiam, coffee-house, lobi hotel dan tidak terkecuali juga dalam jamban pun tidak lari dari mendengar ayat sebegitu.

Tetapi menarik untuk difikirkan bersama ialah Parlimen Ampang P99. Hasil dari mendengar pendapat, pandangan dan kebanyakkan keluhan serta rintihan dari rakyat jelata di Ampang ini baik dari pelbagai peringkat, rata-ratanya bersetuju bahawasanya mereka bersedia untuk menerima Ahli Parlimen yang baru. Alasannya sangat mudah, yang ada sekarang pun sama macam dulu, cakap tak serupa bikin!


Kalau setakat menurap jalan tu dah kira tertunailah tanggungjawab kepada rakyat jelata di Ampang ini, maka inilah jawapan mereka "kalo nak turap jalan tak perlu YB, itu kerja MPAJ dah memang tanggungjawab mereka!!!"

Jika sedemikian lah ayat-ayat cinta dari pengundi-pengundi cerdik di Ampang kepada YB sedia ada, mengapa mereka nak tukar YB pulak? 

Alasan mereka sangat mudah dan amatlah tak tercapai oleh akal pemikiran konco-konco YB-YB yang dulu sangat sibuk mempromosikan bos-bos mereka. Pengundi Ampang tidak mahukan besi yang dah berkarat. "Kami nak besi baru."!!!!

Andai benarlah pemikiran pengundi-pengundi cerdik di Ampang ini telah diambil kira secara serius,   parti-parti telah pun memulakan strategi masing-masing dengan perancangan tidak berbelah bahagi untuk meletakkan besi-besi yang baru selaras dengan hasrat dan permintaan pengundi Ampang.

Kita mesti gantikan Besi Berkarat dengan besi baru! Itulah laungan bersemangat mereka kepada pengundi-pengundi di Ampang. Strategi ini memang berkesan khusus di dalam memberikan harapan baru kepada pengundi-pengundi baik samada Janji DiTepati mahupun Janji DiCapati. 

Hasil dari penyelidikan dan penyamaran ke dalam kem-kem parti-parti di Ampang, memang benarlah mereka bersungguh-sungguh mahu meletakkan besi yang baru. Berpuluh-pulu kali senarai nama besi-besi dikemukakan untuk dipertimbangkan. Berpuluh-puluh kali juga mesyuarat sering di adakan untuk menentukan nama-nama besi yang bakal menggantikan besi berkarat. Dan akhirnya, daripada berpuluh-puluh nama, di"short-listed" kepada dua dan tiga nama dari parit-parit. 

Nah..pasti kali ini pengundi Ampang akan berpuas-hati, tersenyum lebar dan tersengih sehingga ke petang. 

"Kami telah menyahut seruan dari pengundi Ampang untuk meminta besi-besi baru.!!" dengan nada yang amat bangga mereka menjaja ke sana dan sini di sekitar Ampang

Namun setelah melakukan pemeriksaan akhir ke atas bakal-bakal besi baru ini beserta maklumat bocor dari sumber kanan parti-parti ini, ada satu yang cukup membuat pengundi-pengundi Ampang terkejut besar dan boleh melopong selopong-lopongnya.!

MEMANG BESI BARU TAPI BESI YANG DIGILAP SEMULA !!!

Hahahahahaha.....!!!! Wakakakakakakka......!!!! Muahahahahahha.......!!!! Lawak pilihanraya yang paling bagus yang pernah didengar oleh pengundi-pengundi Ampang setakat ini. Minta besi baru dapat besi yang gilap semula!!

Baik dari parti yang mempertahankan kerusi sedia ada mahupun dari parti yang mahu mencabar kerusi Parlimen Ampang, kesemuanya meletakkan calon-calon yang digilap semula! 

Alasan mereka juga mudah untuk diberikan kepada pengundi-pengundi Ampang. Korang mintak besi baru, kira besi digilap semula tu kira baru jugak lah.!!

Itulah kecerdikan yang ditonjolkan oleh parti-parti politik yang menjangkaui tahap intelektual  di Ampang ini. Mereka merasakan bahawa mereka sangat cerdik dan sangat bijak yang luar biasa bijaknya sehingga benda "recycle" disamakan dengan benda baru.

Aduhhhhh......Apa Kata Orang Ampang???

1 comment:

  1. Saya harap BN calonkan candidate baru utk Ampang & Bkt Antarabangsa.

    ReplyDelete