Calon-Calon nya adalah.......

oleh Sideq Ab Rahman

Tarikh PRU13 semakin dinanti-nantikan oleh segenap lapisan rakyat Malaysia. Bilakah tarikh keramat yg bakal menentukan siapa yang bakal memerintah sebuah negara bernama Malaysia. Cukup bijak kah Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil alih tampuk kuasa dibawah Pakatan Rakyat?

Hampir cukup genap semenjak 8hb Mac 2008 pengundi Ampang memilih calon mereka. Pelbagai isu-isu yang ditimbulkan oleh pemerintah sedia ada mahupun pembangkang sering diwar-warkan di dalam dada-dada akhbar. Kedua-duanya saling serang menyerang dengan pelbagai permainan persepsi untuk meraih undi semasa PRU13 nanti.


Nah, jika PRU13 sudah hampir, maka bagaimana dengan persoalan calon-calon yang bakal bertanding khususnya di Ampang? 

Adakah mereka-mereka yang terdiri daripada golongan yang sudah mempopularkan diri? atau dari golongan yang sudah melobikan diri sendiri? atau golongan yang meletakkan proxi masing-masing bagi menjaga kepentingan yang mahu terus dikuasai atau golongan yang sememangnya sudah lama diacu, dibentuk dan disimpan khusus bagi PRU13 kelak?

Menurut sumber dalaman yang diterima oleh penulis sebentar tadi, dikhabarkan seorang Menteri Kanan bakal diturunkan untuk bertanding di Parlimen Ampang menentang Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali yang juga disebut-sebut mahu meninggalkan Gombak dan berhijrah ke Ampang.

Jika percaturan yang sedemikian dibuat, tidak keterlaluan mengatakan bahawa Ampang sememangnya memerlukan seorang calon yang cukup bijak bagi menawan hati pengundi Ampang yang kebanyakkan berada di dalam zon Kelabu Putih dan Hitam bagi kedua-dua pihak.

Ketepikan persoalan peribadi calon, ketepikan persoalan isu-isu nasional dan ketepikan juga persoalan negara. Pengundi Ampang yang bijak-bijak sentiasa mahu melihat calon yang "luar biasa" bijak untuk mewakili mereka.

No comments:

Post a Comment