PRU13 UMNO Ampang dalam bahaya

oleh Ismail Alias
Hasil daripada perbicangan bersama-sama dengan beberapa penduduk serta kawan-kawan yang sama-sama sudah lama menetap di Ampang ini, secara jelasnya PR sedang mendahului umno dari segi gerak kerja serta isu-isu setempat. Tidak banyak program oleh umno Ampang mahupun dari rakan sekutunya dari mca, mic, ppp mahupun gerakan menjalankan program masyarakat turun padang berbanding dengan PR yang dikhabarkan berupaya mengerakkan sekurangnya 4 program setiap bulan di Ampang.


Pun begitu walaupun kedengaran dari orang-orang kuat umno Ampang bahawa mereka mempunyai keyakinan untuk merampas semula kerusi parlimen dan kerusi DUN dari PR, namun mereka hanya lebih menumpang di atas isu moral Azmin Ali serta persoalan fahaman "wahabi" Zuraida Kamarudin.

Belum lagi dilihat mereka berupaya memperbetulkan beberapa persepsi mengenai isu pengambilan tanah di Ampang yang dikaitkan dengan pemimpin umno tempatan.

"Apakah sebenarnya masalah umno di Ampang ini?" ujar seorang kenalan penulis sewaktu berbicara mengenai perkara ini di BB Ampang.

Penulis hanya mampu tersenyum simpul sambil membalas " ala macam la kau tak tahu... sudah lama macam ni, bukan baru la!" Penulis teringat akan sekeping pantun dari Merah Tinta yang berbunyi sebegini "Tinggi-tinggi si mata hari, Anak kerbau mati tertambat; Hari ini orang sudah mengerti, Lekas-lekas bawa bertaubat."

Seramai 400000 ahli umno diseluruh negara belum lagi mendaftar sebagai pengundi. Jika diambil perkiraan secara mudah keseluruhan bahagian umno diseluruh Malaysia sebanyak 191, ini bererti secara puratanya sebanyak 2094 ahli umno disetaip bahagian belum mendaftar sebagi pengundi.

Jumlah ini dikabarkan adalah majoritinya adalah mereka-mereka yang dikategorikan sebagai orang muda. Keputusan PRU yang lampau menunjukkan PR menang diampang dengan majoriti sebanyak 3000 lebih undi dan untuk mengurangkan jurang perbezaan ini pengundi baru adalah diperlukan bagi umno Ampang.

Apakah umno Ampang berupaya memenangi semula perbezaan undi besar tewas di Pekan Ampang atau di Lembah Jaya? Jawapannya sudah pasti ditentukan semasa pengumuman pengiraan undi PRU13 nanti.

1 comment:

  1. tiada ada siapa lagi yang menyokong umnobn dulu dari ahli biasa umnobn hingga yb semuaNya berlagak sombong yb umnobn sendiri pun apabila turun padang atau datang makan kenduri cukup berlagak diIringi kroni berpuluhpuluh orang belum lagi jadi pm malaysia baru jadi wakil dun punyaLah sombong dan mengadu hal rakyat miskin bukan main payah apa tah lagi nak jumpa dihalang juak2, kroni2 sekeliling pinggang kroni2 pulak apabila projek diberi berpuluh tahun mana mungkin rakyat miskin dapat cari makan mereka ingat mereka terlalu besar dan kepala besar mereka lupa ALLAH Lah yang paling besar tiada lain lagi dengan kuasa ALLAH umnobn kalah teruk atau ko diampang baik parlimen atau dun sebelum itu umnobn cakap besar sebesarNya umnobn tak akan kalah apa khabar sekarang tersungkur rakyat miskin tidak sesekali baik sokong atau undi tetap undi dan sokong PR setakat ini dulu lain kali sambung ok !

    ReplyDelete