Penduduk Bukit Antarabangsa Minta Polis Siasat Salah Laku Azmin


Dipetik dari : Agenda Daily
Ahli kariah masjid Bukit Antarabangsa di Hulu Kelang pada Jumaat membuat laporan polis terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali.
Agendadaily melaporkan ahli kariah masjid Bukit Antarabangsa, yang terletak di kawasan parlimen Azmin meminta pihak polis menyiasat dakwaan salah laku seks ahli parlimen kawasan mereka seperti yang didedahkan oleh sebuah blog baru-baru ini.
Wakil penduduk itu, Shaharuddin Mohd Yusof, yang juga Penolong Setiausaha Masjid Bukit Antarabangsa, serta 15 penduduk lain membuat laporan itu di Balai Polis Hulu Kelang kira-kira 3 petang.
Shaharuddin berkata dalam laporan polis itu turut meminta Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR membuat sumpah laknat berhubung dakwaan itu.
Selain itu, mereka turut meminta isteri Azmin, Shamsidar Taharin, dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, iaitu Presiden PKR dan isteri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tampil menjawab dakwaan Presiden Parti Bersatu India Malaysia Senator Datuk S. Nalakaruppan mengenai hubungan seks Anwar.

1 comment:

  1. Salam buat Tuan empunya blog,
    Mohon tuan/puan/cik untuk membenarkan link www.dtubes.tv ke blog tuan/puan semua.

    Terima kasih.
    Che Chu Bidin

    ReplyDelete