Hoiii Mak Lampir Kami Tak Nak Tanggung Dosa Sama

oleh Afzhan Alias

"PKR ini parti seks bebas ke?", soalan ini ditanyakan kepada aku oleh seorang pemilik kedai di Jalan Saujana.  "Anwar Brahim main China Doll, main belakang, main bini orang, main semuanya, lepas itu ni laki si Shamsidar pulak"? "Aku hairan la.. "! katanya sambil mengeleng-gelengkan kepala.

Skandal aksi terlampau YB Aiskrim yang mengejutkan banyak pengundi-pengundi  di kawasan Ampang. Ohhh.. pocot!!!...kerana melihat aksi gambar YB Aiskrim yang selama ini aku juga banyak percaya kepadanya dengan janji langit dan bintang serta aksinya ala-ala alim Mat Sabu. 


"Ahh mungkin juga macam nuar brahim, mengkarung yang boleh bersalin kulit mengikut tempat"! Lidah pun sama macam mengkarung.. panjang bergulung dan berbelit dan asyik nak menjelir je.

"Apa nak jadi dengan kami ni? Takan diorang dapat sedap, kita pulak yang nak tanggung dosa diorang nih"?, mengeluh seorang makcik yang tinggal Kg Dato' Mufti sejak 16 tahun yang lalu.

"Itulah kita yang duduk dengar nih pun boleh tanggung dosa yang sama. Kalau kita tak buat dan tak tanya dosa tu kita yang kena tanggung sama". Dah jadi wakil rakyat ni kena-kenalah tenguk rakyat bukan takat tengok jasmani aje tetapi rohani pun kena jaga jugak", nasihat rakan beliau yang juga tidak berpuas hati dengan sikap pemimpin yang telah mereka pilih dulu. "kalau aku tahu, memang sumpah aku tak pilih beruk-beruk nih!!!", marah beliau dengan nada geram. " mana zuraida? Ni pun sama je.. patut dia la bawak Azmin pergi ambil sumpah laknat!".

Aku tak salahkan mereka kerana apa yang diperkatakan oleh mereka adalah betul-betul belaka. Nasihat mereka juga adalah betul juga. Apakan tidak, mereka sudah jijik dan muak dengan pemimpin-pemimpin mereka yang terpalit dengan skandal yang menjijikkan.

Aku nak bertanya kepada YB Zuraida P99 Ampang yang aku panggil Kak Zu, "Berani ke YB nak bersumpah laknat dimana-mana masjid dalam Ampang mengatakan bahawa Kak Zu yakin itu bukan Azmin"?

Kak Zu harus ingat perkara sebegini perlu diperjelaskan kepada kami pengundi-pengundi yang telah mengundi Kak Zu. Kami tidak peduli jika YB dah tak datang jenguk kami, kami juga sudah tidak kisah jika masalah longkang kami tidak diselesai-selesaikan jugak, kami juga tidak akan kisah dengan cerita-cerita YB yang cakap lain buat lain tetapi Kak Zu kami sangat marah jika dosa Azmin kami jugak yang kena tanggung!

No comments:

Post a Comment