YB Belajar dengan Negara sokong Zionis

oleh Suara Ampang Point

Rata-rata masyarakat Ampang mengenali seoarang YB yang lebih mesra dipanggil " Mak Lampir" kerana sering naik hantu dengan isu-isu yang direka cipta sendiri dengan niat menghasut bagi mencapai kepentingan politik hasutan dan huru-hara.

Persoalan yang sering ditanya oleh pelbagai masyarakat di Ampang ialah dimanakah asal usul beliau? "Azmin dan Mak Lampir belajar dari negara sokong Zionis? Betul ke? 


Beliau lahir di Singapura pada 14hb Mac 1958 mendapat pendidikan awal di Primary School Jalan Eunos dan melanjutkan pelajaran ke Pendidikan Menengah di Tanjung Katong Girls School dan hasil kecemerlangan Mak Lampir beliau ditawarkan belajar di Raffles Institution. Sebagai seorang melayu yang terpilih, kecemerlangan beliau mendapat perhatian University Singapore untuk diajar dalam Ijazah Sains Sosial.


Mak Lampir seterusnya berhijrah ke Malaysia pada tahun 1980 dan bekerja dengan beberapa syarikat asing sebelum memenangi pilihnaraya sebagai Ahli Parlimen Ampang menewaskan calon BN Azman Wahid.

Mak Lampir juga adalah penyokong kuat kepada Jemaah Islamiyah (JI) yang dikatakan membawa fahaman Syiah untuk disebarkan dikalangan pengikut Sunnah Wal-Jamaah yang mendokongi Asia Tenggara.

Banyak perkara yang menarik mengenai Mak Lampir yang gemar mempromosikan diri melalui politik hasutan dan huru-hara sama seperti yang diajar oleh Anwar bin Ibrahim. Modus operandi yang sama bagi mencapai objektif memecahbelahkan perpaduan masyarakat. Tektik yang dipakai oleh Zionis "divide and rule".


Di atas ganasnya perbuatan naik hantu Mak Lampir maka kebanyakkan perarakan yang disertai oleh Mak Lampir lebih mejurus kepada perbuatan mencabar pihak berkuasa dengan niat menimbulkan provokasi.

Sikap beliau juga agak pelik enggan bersalam dengan lelaki di kawasan pengundi beliau di Ampang dengan alasan tidak boleh berbuat sedemikian kerana dilarang oleh Islam tetapi bagaimana pula aksi beliau semasa mengadakan demostrasi jalanan? Mungkin atas nama politik apapun boleh dihalalkan? Janji masyarakat nampak aku ganas walaupun hantu pun hantu la.

Disebabkan taksubnya dengan perangai hantu dan sering naik mainyak, tindakan Mak Lampir tidak terhenti dengan menghuru-hara di luar kawasan. Hubungan baik beliau dengan seorang ahli majlis yang pernah terlibat dengan kes pergaduhan menyebabkan Ampang menjadi huru-hara.Semakin banyak pusat perjudian cyber dibuka sana-sini, rumah urut dan bertopengkan pusat refleksologi semakin banyak beroperasi di Ampang.

Apa-apapun Suara Ampang Point berharap pengajian Mak lampir di Singapura hanya setakat belajar sahaja dan tidak pula membawa idelogi serta menjadi agen kepada agenda untuk memecahbelahkan negara melalui provokasi dan hasutan kepada rakyat.

Ramai juga agen-agen dan talibarut asing yang tinggal di Ampang ini, mereka ini bekerja dengan syarikat antarabangsa yang bertopengkan perniagaan tetapi mempunyai agenda tertentu mendapatkan maklumat dan rahsia sulit. Kemewahan sumber kewangan mereka sukar dijejaki kecualilah kita sanggup beratur di tepi juruwang melihat kad kredit bank asing yang dipakai oleh mereka.

No comments:

Post a Comment