KP Ampang Shafarizul Mustapha nak masuk DAP?

Ini satu berita buat aku.Apakan tidaknya Safarizul Mustapha Ketua Pemuda Ampang hendak dilamar DAP saperti yang dikatakan sahabat blogger The Flyingkick.Ini The Flyingkick yang kata..bukan blogger berhingus dan picisan macam aku yang kata.Ini blogger yang boleh kira otai dan dah berada dalam blogsphere sejak 2006 lagi.
  
Hari ini pula kisah Ketua Pemuda Ampang nak dilamar DAP Ampang. Aku sebenarnya dah lama tak menulis tentang politik berpuak puak yang memang diamalkan di Bahagian Ampang ini. Mungkin kerana dah muak dan mungkin juga dah mual dengan gelagat pemimpin pemimpin yang merasakan diri mereka WINNABLE CANDIDATE dan sedang MENJUAL diri mereka macam PELACUR LORONG HJ TAIB kepada Najib agar terpilih untuk bertanding di PRU13 nanti.



Suara Ampang Point berkesempatan bertanyakan kepada beberapa orang yang mengetahui permasalahan dalaman umno Ampang berebut menjadi wakil rakyat di Ampang.

"Dia tak patut kecewa jika selama ini dia jugak yang beriya-iya melaungkan dia akan menyokong sesiapa sahaja calon yang dipilih untuk bertanding, ini apa cakap lain buat lain" ujar beliau yang tinggal di Kg Tasek Tambahan sejak 12 tahun yang lampau.

Menurut seorang pemuda Ampang, niat Safarizul mahu bertanding sering dijadikan bahan lawak jenaka didengar sewaktu program-progam apabila mereka secara berseloroh mengatakan "isteri-isteri diutamakan rakyat tak sempat di dahulukan".

Namun ujar seorang penduduk yang tinggal di Taman Dato Ahmad Razali wajar juga diberikan peringatan kepada semua yang memasang niat untuk bertanding menjadi wakil rakyat.

"nasihat pakcik eloklah buat kerja dulu, pilih atau tidak bukan kuasa kita"

"yang kita ni sibuk sangat nak bertanding tu kenapa? apa buat kerja untuk bertanding ke?" tegas beliau yang malu melihat sikap beberapa pemimpin cakap tak serupa bikin.

Menurut beliau lagi pemimpin politik sekarang perlu menampakkan keihklasan diri berbakti kepada penduduk setempat. "Ini setakat bercakap besar je, kerja tak nampak mana pakcik nak nasihat tak usahla nak merajuk dan berperangai macam budak-budak tak cukup umur".

No comments:

Post a Comment