Azmin Ali, Zuraidah Apa Kamu Buat di Ampang?
Ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo mencabar pemimpin menyenaraikan projek yang dibuat di kawasan itu sejak mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum 2008.
Bekas Adun Lembah Jaya tahun 1995 hingga 2004 berkata, tidak ada satu pun projek yang dibuat di Ampang.
“Saya tanya kepada Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin apa yang kamu buat sejak menjadi Adun dan ahli Parlimen?
“Jalan berlopak semakin parah, sampah sarap tidak diambil. Dulu Alam Flora yang angkat sampah tetapi kini kini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi sampah tidak terangkat.
“Mereka pandai bercakap tetapi tidak pandai buat. Macam-macam mala petaka telah berlaku di Selangor,” katanya.
Azmin merupakan ahli parlimen Gombak dan juga timbalan presiden PKR manakala Zuraida adalah ahli parlimen Ampang dan ketua wanita PKR.
Tuntut janji
Menurut Ismail lagi, kerajaan Selangor pernah berjanji mahu menurunkan cukai pintu tetapi sebaliknya pula yang berlaku iaitu dinaikkan sebanyak 20 peratus.
Beliau berkata, banyak harta milik syarikat kerajaan negeri telah dijual untuk kepentingan mereka.
“Rakyat Ampang tuntut janji dari Azmin dan Zuraida, rakyat Selangor pula tagih janji Pakatan Rakyat” katanya.
Ismail berkata, dari tinjauan yang dibuat di kawasan Ampang, ramai penduduk yang mengatakan mereka menyesal kerana menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.
“Mereka menangis apabila pemimpin Umno menemui mereka dan menyatakan akan mengundi BN dalam pilihan umum akan datang,” kata beliau.-FMT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penduduk Ampang...tengok la ni...sangat sedih! Mane MP Ampang... http://www.facebook.com/SaveAmpangForest
ReplyDelete