Pecah & Perintah

oleh suara ampang point

Satu teori mengenai strategi pecah dan perintah atau pecah dan tawan yang mungkin sedang berlaku secara sedar atau di bawah sedar dalam sistem politik tanah air sekarang.
 
Orang Melayu berpecah dan membenci antara satu sama lain - serta membenci kaum-kaum lain yang berada di negara ini. Kesimpulan saya ialah, jika ini terus berlaku orang Melayu akhirnya akan diketepikan, tidak dipedulikan dan terpaksa melukut di tepi gantang.


Strategi ini juga boleh dilakukan ke atas negara-negara dan antara-negara. Ia adalah satu strategi yang dilakukan oleh pihak penjajah dan kolonial beratus-ratus tahun lalu - termasuklah ke atas Tanah Melayu oleh British, oleh Sepanyol dan Amerika ke atas Filipina dan gugusan kepulauan Sulu, Israel dan Amerika di kalangan negara Arab, Pakistan dan banyak lagi.

Antara strategi yang dilakukan ialah mempengaruhi pihak pemerintah yang mempunyai sekutu lain supaya menyebelahinya. Ia harus dilakukan secara terus terang, halus atau kasar. Jika cara terus terang tidak boleh dilakukan, atau sukar, atau mustahil - maka strategi lain akan dilakukan.

Tidak mustahil juga beberapa "agen" telah dilatih dan didik untuk menjalankan agenda ini dan kini agen-agen tersebut telah berjaya melepasi tahap 3! (penetration into enemy zone). Tidak mustahil juga agen-agen ini merupakan tokoh-tokoh yang dikenali dan berpengaruh kepada masyarakat bagi menjayakan agenda.

Daerah Ampang Jaya juga tidak lari daripada berkemungkinan wujudnya 'agen-agen' yang dilatih oleh mereka yang mempunyai kepentingan ekonomi dan agama terhadap negara ini. Mereka ini berselidung disebalik organisasi yang berunsurkan politik, korperat, NGO dan mahupun individu-individu yang bergerak berseorangan di dalam menjayakan sesuatu misi khususnya menerima dan menjual maklumat negara.

Sudah pastinya agen-agen ini pernah dilatih atau pernah tinggal di negara yang ditajanya sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum berjaya dimanupulasi untuk menjalankan tugas-tugas bermotifkan pecah dan perintah. Persoalannya siapakah agen-agen yang boleh dikenal pasti di Ampang yang mempunyai kriteria sedemikian?

No comments:

Post a Comment