AIDCNews – 18/12/10 – Penulis buku terlaris di dunia, Michael Backman,(foto kanan) mendedahkan keputusan persidangan tiga hakim Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004 mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam aktiviti homoseksual di Tivoli Villa, pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993, tetapi Anwar dibebaskan kerana percanggahan dari segi ‘tarikh sebenar kejadian’ tersebut.
“Secara kritis, majoriti hakim berkata, ‘kami menemui bukti yang perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual’. Kenyataan penting ini, telah terlepas pandang oleh pengamal media khususnya di luar Malaysia. Apa yang hakim-hakim tidak dapat menemui bukti adalah ‘tarikh-tarikh’ kejadian sebenar aktiviti homoseksual itu”, kata penulis tersohor dari Australia dalam bukunya, ‘Inside Knowledge: Streetwise in Asia’, yang diterbitkan oleh Palgrave-Macmillan, 2005.
Penulis yang pernah diiktiraf sebagai ‘penulis yang cemerlang dalam strategi-strategi perniagaan serantau’ oleh Rowan Callick, Australian Financial Review itu, telah melakukan satu penyelidikan khusus berkenaan dengan pembebasan Anwar pada tahun 2004, dan menulis di bukunya itu di dalam bab ketujuh yang bertajuk “Anwar Ibrahim: Awan Gelap di Malaysia” (Anwar Ibrahim : Malaysia’s Dark Cloud)
Kepada penulis kenyataan hakim yang berbunyi ‘we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities’[kami menemui bukti yang perayu-perayu telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual] amat penting kerana hakim-hakim sendiri mengesahkan mereka mempercayai aktiviti homoseksual di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku seperti didakwa.
Di dalam penghakiman ini, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dirujuk untuk sebagai “perayu pertama”(“the first appellant”) manakala Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dirujuk untuk sebagai “perayu kedua”(“the second appellant”).
“Walaupun Keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia pada tahun 2004, ‘menterbalikkan hukuman’ bersalah melakukan aktiviti homoseksual, yang membolehkan dia (Anwar) keluar daripada penjara, tetapi keputusan hakim itu tidak dapat membersihkan dirinya daripada melakukan aktiviti homoseksual itu”
“Kebanyakan penganalisis dan wartawan yang melaporkan tentang keputusan hakim Mahkamah Persekutuan, tidak membaca keseluruhan keputusan hakim-hakim yang setebal 36 muka surat itu”, kata penulis tersohor yang kini menetap di London.
Maksud ‘menterbalikkan hukuman’ adalah Mahkamah Persekutuan menterbalikkan hukuman bersalah yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, kepada tidak bersalah.
Pada 8 Ogos 2000, Datuk Arifin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar bersalah meliwat Azizan Abu Bakar dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun. Adik angkat Anwar, Sukma Darmawan yang didakwa sebagai rakan subahat turut didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun dan sebatan empat kali.
Pada 21 Januari 2004, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi 8 Ogos 2000 serta menolak ikat jamin supaya dibebaskan yang dipohon oleh Anwar dan Sukma. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Pajan Singh Gill, bersama dengan Hakim Datuk Richard dan Hakim Datuk Hashim Yusoff.
Kemudian, Mahkamah Persekutuan bersidang pada 2 September 2004 yang diketuai oleh Datuk Abdul Hamid Mohamad (Hakim Mahkamah Persekutuan) bersama dengan Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud (Hakim Mahkamah Rayuan) dan Datin Paduka Rahmah Hussain (Hakim Mahkamah Persekutuan) untuk meneliti semula rayuan Anwar dan Sukma itu.
Walaupun ketiga-tiga hakim bersetuju aktiviti homoseksual yang melibatkan Anwar bersubahat dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan meliwat Azizan Abu Bakar di Tivoli Villa benar-benar berlaku, namun Hakim Abdul Hamid dan Hakim Tengku Baharuddin bersetuju menerima rayuan Anwar dan Sukma dengan mempertikaikan tentang ‘tarikh kejadian sebenar’, manakala Hakim Datin Paduka Rahmah menolak rayuan tersebut.
Ini bermakna persidangan tiga hakim itu diputuskan dengan majoriti 2 – 1. (Dua hakim menerima dan satu hakim menolak).
Dengan keputusan majoriti 2-1 ini menyebabkan Anwar dan Sukma dibebaskan dari penjara kerana keputusan itu mengetepikan sabitan dan hukuman atas tuduhan meliwat bekas pemandu isteri Anwar, Azizan Abu Bakar.
“Dalam menghormati penghakiman majoriti 2-1 itu yang telah mengatasi keputusan mahkamah-mahkamah terdahulu. Mahkamah Persekutuan mendapati yang pemandu itu (Azizan) “adalah salah seorang rakan homoseksual (suka sama suka)” dalam akta-akta liwat. (Sedangkan) Mahkamah-mahkamah terdahulu telah menghakiminya ( Azizan ) sebagai seorang mangsa. Untuk lebih telus, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan itu telah melukis sekeping gambar satu kumpulan tiga orang (Anwar, Sukma dan Azizan) yang sedang bergembira melakukan aktiviti homoseksual secara bersama-sama (a happy threesome) dan bukan seorang mangsa (Azizan) diliwat oleh dua penceroboh (Anwar dan Sukma).
“Desas-desus aktiviti-aktiviti homoseksual Anwar telah berlegar di Kuala Lumpur selama bertahun-tahun. Hanif Omar, Ketua Polis Negara dari tahun 1974 hingga 1993, mendedahkan bahawa pihak polis telah mengesan aktiviti Anwar itu sejak dari tahun 1993 dan bimbang Anwar akan berhadapan dengan risiko peras ugut melalui aktiviti homoseksualnya itu. Pada tahun itu juga, Ketua Polis itu memberitahu Perdana Menteri, Dr Mahathir tetapi ketika itu Dr Mahathir sukar untuk mempercayainya dan Anwar tidak didakwa untuk jangka masa lima tahun itu”, katanya lagi.
Michael Backman adalah seorang penulis dan penceramah yang terkenal berkenaan isu Asia berkaitan dengan ekonomi dan politik serta pandangannya menjadi rujukan kepada golongan korporat dan pelabur yang berminat berbisnes di Asia.
Beliau merupakan penulis Asian Eclipse: Exposing the Dark Side of Business in Asia (Kejatuhan Asia: Pendedahan Sisi Gelap Bisnes di Asia) yang merupakan buku paling laris di dunia dan dinamakan oleh Majalah The Economist sebagai salah satu buku yang ‘paling hebat’ serta disenaraikan oleh Perdana Menteri Thailand ketika itu Thaksin Shinawatra sebagai suatu buku yang harus dibaca oleh semua orang Thailand. Buku tersebut kini dimasukkan dalam senarai bacaan di London School of Economics dan Wharton Business School.
Selain itu, beliau mempunyai satu kolum khas untuk bisnes Asia yang diberikan oleh akhbar Age Melbourne dan telah menulis pelbagai artikel kepada The Times London, the International Herald Tribune, the Asian Wall Street Journal, the Far Eastern Economic Review, the Australian Financial Review dan the Business Times of Singapore.
No comments:
Post a Comment