Bekas ahli majlis Ampang Jaya rebah ketika prosiding

Berita  bekas Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd Ghani Ismail yang menghadapi tuduhan rasuah, pitam dan rebah dalam kandang tertuduh ketika prosiding kesnya dijalankan di Mahkamah Sesyen di sini,semalam menarik perhatian golongan masyarakat di Ampang Jaya.

Akibatnya, Hakim Rozillah Salleh kemudian menangguhkan prosiding sebentar bagi memastikan tertuduh sihat untuk meneruskan perbicaraan.



Bagi tuduhan pertama, Abd Ghani didakwa sebagai Ahli MPAJ merangkap Ahli Jawatankuasa Tender MPAJ secara rasuah memperoleh suapan iaitu cek Bank RHB RM32,689 daripada pemilik syarikat pelupusan sisa pepejal, Abdul Rahman Yaacob, yang mana RM24,189 adalah upahnya sebagai balasan bagi mendapatkan tender.

Tender itu adalah tender Zon SP 23 bagi kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta tender Zon PB 16 membabitkan kerja pembersihan kawasan di Pandan Jaya daripada MPAJ.

Abd Ghani juga menghadapi tuduhan kedua hingga kesembilan, secara rasuah menerima RM175,323 daripada Abdul Rahman bagi tujuan sama.

Bagi setiap tuduhan itu, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. 
Pandangan kami, masalah rasuah ini masih tetap berlaku walaupun Negeri Selangor diperintah oleh parti politik yang lain. Mungkin cara dan modus-operandi nya adalah berbeza namun yang pasti duit kami dan duit rakyat tetap dicangkul sesuka hati demi memuaskan nafsu.

No comments:

Post a Comment