Talam Dua Muka - Siapa Mereka?

oleh Ahmad J

Istilah "talam dua muka" bukannya istilah yang baru di dalam kamus politik. Semenjak dari zaman Kerajaan Pompei sebelum ianya ditimpa musibah bencana letusan gunung berapi pada 79AD, istilah ini juga ada digambarkan bagaimana ada ahli-ahli majlis yang bermuka-muka dengan dua-dua pihak yang berebut jawatan Presiden sehingga sanggup menjual maklumat kepada pihak yang boleh memberikan keuntungan emas kepada mereka.
"talam dua muka" mengambarkan sikap bermuka-muka. Jauh lagi bahaya daripada sikap lalang dan sama berbahaya seperti "gunting di dalam lipatan". mereka ini tidak mempunayi nilai kesetiaan kepada sesiapa pun dan hanya bertuan dan bertuhankan duit dan kebendaaan sahaja.

Mereka ini tidak boleh disamakan dengan "double agent" kerana di dalam konteks "double agent", ini merupakan suatu gerakkan "counterintelligent" bagi menangani pelbagai kebocoran maklumat di kedua-dua pihak. Mereka ini juga tidak seperti Humam-Khalil Abu Mulal, Mata Hari mahupun April Fool.
"talam dua muka" yang menjadi hantu yang tidak bertuan  sebenarnya perosak kepada perjuangan sesebuah parti dengan sikap dan tindak tanduk mereka yang sanggup mengiyakan apa sahaja asalkan mereka mendapat habuan.

Di Ampang ini, kita juga tidak boleh lari dari menghadapi golongan yang sedemikian.

Ada ahli Umno yang masih menjadi pemimpin Pengerusi PIBG sebuah sekolah agama di Kg. Tengah yang masih menerima hasil sewaan tapak sekolah agama tersebut tetapi tidak menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pentadbir sekolah. Sewaan yang diterimanya tersebut hampir RM10,000 sebulan diperolehi hasil daripada hubungan istimewa beliau dengan wakil rakyat kawasan tersebut.

"Mengapa beliau tidak menyerahkan sepenuhnya wang sewaan tapak kepada pentadbir sekolah?"

"Beliau sering dilihat bersama-sama dengan wakil rakyat kawasan tersebut ibarat berpelukan setiap kali bertemu dan pada masa yang sama beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno Ampang?"

"Apakah dia menjual maklumat kepada parti diwakili oleh wakil rakyat kawasan tersebut dan menerima ganjaran melalui hasil sewaan tapak sekolah tersebut?"

Ada pemimpin cawangan Umno yang mencari makan di sebelah pihak yang lain. Dia menerima projek potong pokok di Bukit Antarabangsa berjumlah hampir RM200,000.  Dia yang tinggal di Taman Uda, Ampang dipercayai mendapat projek tersebut hasil daripada hubugan istimewa dengan ahli majli MPAJ yang dilantik oleh wakil rakyat di situ.

"Adakah secara kebetulan beliau mendapat projek tersebut"?

"Kenapa dia sering dilapurkan duduk bersama-sama dengan wakil-wakil dari parti lawan beliau"?

"Adakah projek tersebut sebagai ganjaran kepada beliau di dalam menjalin hubungan istimewa dengan parti lawan dia"?

Yang jelasnya, kedua-duanya sanggup mengadakan hubungan istimewa dengan pihak lawan mereka demi menjaga kepentingan diri sendiri tanpa memperdulikan maruah diri dan perjuangan parti mereka.

Perkara ini juga bukan baru kepada Umno, malah di Kelantan, perkara ini adalah biasa dan lumrah sahaja kepada mereka asalkan periuk sendiri diutamakan dahulu, parti dikemudiankan.

Bukan menyoal habuan yang dijanji dan diterima oleh mereka tetapi cara mereka mendapatkan habuan dengan menjual pelbagai cerita dalaman parti mereka kepada pihak lawan mereka sendiri. Inilah golongan-gologan parasit di dalam parti yang menjadi barah yang sukar untuk diubati.

Kedua-duanya mereka mempunyai persamaan, mempercayai perjuangan parti tetapi pada masa yang sama mengadai maruah diri dengan menyokong agenda parti lawan mereka.

Hakikatnya ini bukan rekaan tetapi kisah benar yang hendak dikongsikan bersama-sama supaya kita berjaga-jaga dan jangan menjadi seperti mereka yang "makan dengan dua kolam".

Walau apapun parti politik dan ideologi yang dipegang tetapi harus ada prinsip dan kesetian kepada perjuangan yang dibawa walau di dalam mana-manapun kita berpolitik.

7 comments:

  1. Tak habis habis nak attack kemudian pakai ID orang lain.Aku dah kata aku tahu siapa korang.

    Jaga jelah pusat khidmat korang tu.Jgn dok sibuk nak mengadu domba orang di Bahagian

    ReplyDelete
  2. Aku kagum dengan pemantauan dan penemuan saudara. Bukan senang utk mengetahui maklumat terperinci ni. Untuk mengetahui maklumat ni pasti ada sesi bermuka2 juge. Sudah pasti saudara seorang yang bersungguh & bermotif. Seandainya motif saudara adalah untuk kebaikan penduduk Ampang, usaha saudara yg gigih pasti di bantu Allah. Jika sebaliknya.. Allah pasti melaknatinya..

    Satu soalan saya, apa usaha saudara sendiri dlm membantu penduduk Ampang? Siapa agaknya pemimpin pilihan saudara?

    hmmm Pemimpin datang dan pergi..

    ReplyDelete
  3. Betul ke bang?

    Saya ada tanya kawan saya yang selalu duduk di Bahagian. Gambar itu macam gambar Abang Azari.
    Dan saya ada juga kawan di Taman Uda Jaya tapi dia tak kenal pula kalau Abang Azari itu tinggal di sana. Setahunya, abang ini tinggal di sebuah taman di Bukit Antarabangsa.

    Baca seterusnye:
    http://suaraampangputeri.blogpsot.com

    ReplyDelete
  4. engkorang ni tak habis2 dok menfitnah dan memburuk2kan orang.. Dulu En Izuddin, pastu En Aziz Derus dan sekarang ni En Zahari lak. Budaya buruk mcm ni tinggalkan je la. tak baik. orang dah meluat. budaya PKR tu tinggalkan je la..kalau setakat nak wujudkan blog utk burukkan org tu tak payahla. berhijrahlah kepada kebaikan.

    ReplyDelete
  5. oitt ni bukan budaya pkr lah..ni budaya yahudi..ngeh.ngeh..ngeh..yg empunya blog ni mulut tu tak bernyawa kut dan kebal api..ngehngeh

    ReplyDelete
  6. ni keje mamat kurus hensem bercermin matam sorang tua kulit gelap selalu bercermin mata hitam dan sorang yg kurus hitam manis.... mrk bertiga selalu masyuk tv cari glemer murahan... kinmi dgn pusat khidmat barisan nasional...kwaa kwaa kwaaaa kwaaaaa... eloklah korang... sorang kata agen pkr sorang kata agen umeno karat!

    ReplyDelete
  7. fuyooo...talam dua muka?korang pulak talam bermuka muka..kita org otai umno tahu korang makluk jin jenis apa?depan sesama umno kemain baik sembang gebang noo..belakang tikam menikam ..jilat isamil kijo..belakang tutuh ismail kijo..hahahahaha...pusat khidmat BN ke pusat khidmat urut batin..

    ReplyDelete