Kedaulatan Melayu : Penyokong PKR bagai lembu dicucuk hidung

oleh: suara ampang point

Beberapa kenyataan tegas telah dititahkan oleh Raja-Raja Melayu mengenai ucapan Wan Azizah yang secara terang-terangnya menentang Ketuanan Melayu. Kecewa dengan trend politik kini yang menggunakan Perlembagaan sebagai alat permainan politik, titah Raja-Raja Melayu juga harus diambil sebagai iktibar dan musahbah diri supaya orang-orang Melayu sendiri yang tidak mengaku Melayu itu kembali semula ke pangkal jalan.


Menolak Ketuanan Melayu sama seperti juga kita menolak Raja Berpelembagaan di mana asas dan teras negara ini ditadbir. Dan ini merupakan satu penghinaan kepada Raja-Raja Melayu yang menjaga kepentingan semua kaum di negara ini mengikut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Bagaimana respons orang-orang Melayu apabila isu ini dimainkan oleh ahli politik yang sengaja menyimbah minyak memarakkan semangat anti melayu? Jelas juga pelbagai pihak bangun menentang dan dengan lantangnya mempertahankan Raja-Raja Melayu.

Namun bagaimana pula dengan penyokong PKR berbangsa Melayu  apabila "bos" mereka sendiri berbangsa Melayu sendiri menolak Perlembagaan?

Tidak ada rasa kesal? Tidak ada rasa malu? Tidak ada rasa sedih? Tidak ada rasa marah? Tidak ada kecewa? Tidak ada rasa apa-apa di raut wajah mereka! Berlagak seperti biasa masih tersengeh-sengeh apabila diajukan soalan ini kepada mereka.

Kenapa Yb Zuraida diam menyepi? Atau maafkan kami di suara ampang point, mungkin juga YB Zuraida sedang sibuk mempertahankan kerusi Parlimen dari di rampas oleh percaturan yang sedang "dicatur"oleh YB Azmin sekarang.

Mungkin juga YB Zuraida sedang sibuk dengan fahaman Islam Wahabisma sehingga tidak bersekempatan membaca kenyataan "bos"nya sendiri tentang hak-hak orang Melayu yang hendak dihapuskan?

Bagaimana pula dengan YB Azmin Ali? Tidak perlu kami ajukan soklan ini kepada pengasas parti 3A kerana jawapannya sudah pasti sama dan seiringan dan paling jelas sekali raut mukanya tidak akan menunjukkan rasa kesal dan kecewa dengan kenyataan isteri bos yang disayangi dan menyayangi Anwar Ibrahim.

Tapi bagaimana pula dengan penyokong PRR yang lain-lain? Ahli-ahli Majlis yang dilantik oleh sokongan PKR khususnya? Dan konco-konco mereka yang menyokong mereka demi projek yang dijanjikan dan bakal ditawarkan?

Apakah reaksi Nik Md Zain, Hamsha Djabir, Razali Ramly, Jafrien Mohamad, Hayati Abdul Samad, Ali bin Ismail, Jalil bin Hassan, Meor Rithuan, Mohd Kamri Kamaruddin, Abdul Aziz Ahmad, Abdul Latiff, Mohammad Samot akan berkata jika diajukan soalan ini?

Apakah reaksi mereka? Kecewa? Marah? Malu? Sedih? Tak ada rasa apa-apa-biasa sahaja?

Belum ada ahli Majlis yang dilantik di atas kapasiti kuota politik yang berani menentang walaupun menyentuh mengenai hak-hak dan masa hadapan anak-anak dan generasi mereka yang akan datang.

Belum ada lagi yang berani meletak jawatan sebagai Ahli Majlis sebagai tanda protes terhadap kenyataan ini! Mungkin kerana terlalu sibuk dengan menjaga pelbagai projek sehingga terlupa dan berfikir sejenak mengenainya?

Apa pula reaksi ahli-ahli PKR berbangsa Melayu di Ampang?

Malu? Kecewa? Sedih? Marah? Benci?

Sukar hendak mendapat reaksi mereka di celah-celah ratusan ribu penduduk di Ampang Jaya kerana jumlah ahli mereka terlalu kecil dan hanya merangkumi kurang daripda 25%  jika dibandingkan dengan bangsa-banga lain. Jadi sebagai minoriti, layak juga mereka mengambil sikap berhati-hati dan selamat walaupun bangsa mereka sendiri sedang dipjak.

4 comments:

  1. Ni semua, baik Zuraida atau Azmin adalah golongan hipokrit Ulung!

    Saya nak sentuh isu ADUN Pas :

    inilah daulat Islam yg sebenaqnya. kalau x cukup alim jgn berlagak alim serta mengaku diri lebih alim dari org lain.
    Ini mmg penyakit Pas...ini baru 2 org,,byk lg yg sebenaqnya...din puduraya dan mcm2 lg.

    Munafiq Musuh Islam...balik ambo nok buat Isytiqhoroh...Tuhe Maaf doh ke dio...inilah munafiq.

    Na'uzubillah.

    untuk video quality HD pengakuan saksi sila ke :

    http://kedahsenang.blogspot.com/2010/12/skandal-adun-selinsing-dalam-keretapi.html

    ReplyDelete
  2. Salam SAP.

    Saya difitnah sebagai orang yang bertanggung jawap dibelakanng blog Suara Ampang Point.Tujuan nya utk memburukan saya dimata Aziz Derus dan kepimpinan Bahagian.

    Melihat blog ini saya rasa pengendalinya di kalangan ahli Umno Cwgn Bkt Ampang.

    Kerja fitnah ini adalah gerak kerja trojan yg ingin melemahkan Umno Bhg Ampang.

    Jika perjuangan kita sama mendukung dan memartabatkan Umno kembali,sdra kena kehadapan menjelaskan kedudukan.

    Sila baca posting saya di http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2010/12/trojan-horse-di-umno-ampang-dah.html untuk memahami kisah nya.

    Buat masa ini saya merasa orang yang menabur fitnah ini adalah pengendali blog ini sendiri.

    Harap sdra dpt tampil jika dipihak yg benar.

    Salam

    ReplyDelete
  3. Saudara APA,
    Bang point ini bapok sikit. Maklumlah blogger pondan. Dia tak akan sahut cabaran saudara.

    ReplyDelete
  4. Salam 1M, macam mana nak buat komen !, yang jadi Ahli Majlis dari Parti Korupsi Rakyat dan Parti Pussy masing2 ada agenda tersendiri. Takkan nak buka mulut kot ! kerana operasi besar-besaran mengaut keuntungan hasil perang PRU 2008 masih sedang berjalan dengan rancak dan rakusnya. Setakat nak bagi tender pasang lampu warna diatas pokok di kawasan MPAJ pun kontraktor india dan cina yang dok buat,macam dah tak ada lagi kontraktor MELAYU yang berwibawa yang boleh diberi tanggungjawab tersebut. Sebahagian dari Ahli Majlis Melayu yang ada di MPAJ pun yang jenis HAMLAU, hamlau2 ni semua pentingkan periuk nasi sendiri, nak melawan dengan pakar Kungfu Selangor Ron95 Lau Melilau pun semuanya kecut teloq .... takut nama tak naik untuk pemilihan baru Ahli Majlis.Ingatlah sikit, semua Rezeki tu datangnya dari Allah S.W.T. . Satu lagi jangan dok ingat semua MB atau KM dinegeri pemerintahan PKR tu semuanya orang baik2. Tak payah pegi jauh2, ada yang semasa menjadi Ketua GLC, buat maksiat didalam bilik pejabat dan kalau tak percaya selidiklah sendiri dan tepuk dada tanya selera! - Pak Rojam

    ReplyDelete