ABDUL Jalil Hassan (tengah) menunjukkan peralatan yang digunakan oleh geng Pick Up untuk melakukan aktiviti pecah rumah dan sebahagian barangan curi yang berjaya ditemui semula di IPD Ampang Jaya, |
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Geng 'Pick Up' yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan curi di sekitar daerah Ampang Jaya di sini tumpas selepas lima ahli kumpulan itu termasuk ketuanya ditahan polis Jumaat lalu.
Penahanan kesemua ahli kumpulan itu dibuat ekoran kejayaan polis memberkas ketuanya digelar Pick Up ketika suspek memecah masuk sebuah pejabat di Ampang Hilir awal pagi Jumaat lalu.