Rozaidah Talib - Calon BN DUN N19?

oleh S.Salleh

AMPANG - Suasana hari raya belum lagi habis panasnya dengan rata-ratanya banyak yang menganjurkan rumah terbuka meraikan sahabat handai dan tetamu di bulan Syawal yang disambut meriah pada tahun ini. Penulis berkesempatan dijemput oleh rakan-rakan dan kenalan menghadiri pelbagai majlis rumah terbuka yang banyak dianjurkan pada hujung minggu yang lepas.


Kesesakan jalan raya di kawasan Ampang yang tidak dapat diselesaikan dari masa pemerintahan BN dan kini kepada PR juga mengambarkan bahawa Ampang menghadapi masalah kronik dari segi pengurusan dan pentdadbiran trafik.


Bercerita tentang agenda, secara kebetulan penulis sempat bertemu dengan salah seorang kawan lama yang juga merupakan salah seorang "orang kuat" di dalam Umno Ampang. Kesempatan ini diambil oleh penulis untuk bertukar-tukar cerita dan pandangan mengenai senario politik di Ampang. Bermula dengan kisah YB Khasim di Lembah Jaya, menular pula kisah YB Zuraida yang bakal disingkirkan dari Parlimen Ampang untuk memberi laluan kepada Azmin Ali yang juga sedang bergelut merebut jawatan Timbalan presiden PKR berhadapan tentangan sengit Datuk Zaid Ibrahim.

Dalam gelak ketawa teringatkan gelagat Azmin Ali yang terkenal dengan sikap kuat merajuknya, sempat juga penulis berbisik kepada kawan lama tadi "kalau Azmin nak masuk P99, rozaidah lawan Azmin?"

"iskk tak, rozaidah nak bertanding di Bukit Antarabangsa"! - sangkal beliau sambil merenung tajam kearah penulis.

Sesuatu yang menyebabkan penulis berkerut dahi seketika. Gelas yang dipegang ditangan perlahan-lahan diletakkan di atas meja kembali.

"hrrmm.. takkan takde calon lain dari bahagian Ampang?" ujar penulis

Beliau memandang penulis sambil tersenyum sinis "..biasalah .."

2 comments:

  1. Dr Rozaidah layak jadi 'mama san' kat karaeoke je.Klu umno letak dia sbg calun memang hilang akal punye keje..

    ReplyDelete
  2. apa plak takdaknya... Ismail Kijo belum pun jatuh pencen lagi... bagilah dia naik pangkat plak di Parlimen Ampang... manalah tahu kut-kut dia boleh menang, asyik di lembah jaya saja... lagipun kat lembah jaya, toksah duk haraplah kerusi tu nak lepas dari YB Khasim. Orang UMNO sendiri pun DAH MELUAT SANGAT-SANGAT dengan Ismail Kijo...
    Setiap kali lalu di jalan ke Bukit Belacan, di sebelah kiri tu, sudah cukup sebagai mercutanda KEKUASAAN ISMAIL KIJO sebagai Ketua UMNO Ampang yang sangat korup... eh, bangunan UMNO Ampang tu bila nak siap? Rasa-rasanya, banyak juga komisyen daripada pembangunan rezab sungai di sepanjang jalan Bukit Belacan tuh...

    Dr.Rozaidah elok macam sekarang...

    ReplyDelete