Kuala Lumpur - Seperti dijangkakan oleh penganalis politik beberapa bulan sebelum berlansungnya pemilihan pucuk pimpinan cabang PKR, akan berlaku kekecohan dan pergaduhan semasa proses mesyuarat perwakilan adalah tepat dan kini benar-benar berlaku.
Tidak menghairan kerana PKR sememangnya "retak menanti belah" disebabkan tidak ada prinsip perjuangan yang jelas. Ini pernah ditekan oleh Dato Zaid Ibrahim melalui twitter beliau "apa gunanya menjadi ahli politik jika tidak ada polisi perjuangan".
Jika diamati sedalam-dalamnya kenyataan beliau, jelas menunjukkan kekecewaan yang dirasakan oleh Dato Zaid mengenai apa yang sedang berlaku di dalam PKR.
Jika diamati sedalam-dalamnya kenyataan beliau, jelas menunjukkan kekecewaan yang dirasakan oleh Dato Zaid mengenai apa yang sedang berlaku di dalam PKR.
Kekecewaan Zaid bukan disebabkan oleh pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR yang mana YB Azmin Ali juga akan bertanding tetapi kekecewaan Zaid terbuku dengan cara pemilihan yang dijalankan.
Ada sumber memberitahu penulis, beberapa perwakilan telah diberikan kertas undi kira-kira 4-5 keping seorang sebelum berlansungnya pemilihan untuk dibawa ke dalam mesyuarat pemilihan di Sg. Petani. Ini dilakukan oleh mereka-mereka yang berada di dalam kem Azmin.
Yang jelasnya, selama ini PKR banyak mendakwa SPR tidak telus sebenarnya rethorik politik semata-mata untuk meraih simpati dan menanamkan kebencian terhadap SPR. Permainan politik rethorik PKR telah lama berlaku dan jelasnya kini semakin menular ke peringkat akar-umbi yang menggunakan senjata yang sama untuk menentang sesama sendiri
YB Azmin Ali sememangnya merupakan ahli politik yang bijak mencatur. Tindakan beliau membaling batu dan menyembunyikan tangan merupakan cara utama beliau menjalankan gerakan memusnahkan mana-mana individu di dalam PKR yang cuba merapati Anwar Ibrahim.
Dr. Chandra Muzafar, Syed Hussien, Tan Sri Khalid Ibrahim dan yang terkini Dato Zaid Ibrahim antara yang telah menjadi mangsa permainan politik busuk hati Azmin Ali.
Beberapa EXCO Keadilan yang dihubungi mengambarkan bahawa tiada sesiapa pun boleh rapat dengan Anwar Ibrahim tanpa "green light" dari Azmin Ali. Ada yang secara berseloroh mengelar Azmin Ali "Blue Boy" Anwar Ibrahim. Gelagat beliau tidak ubah seperti sepasang kekasih dengan Anwar Ibrahim.
Beberapa bekas EXCO Keadilan juga memaklumkan kepada penulis mengenai perangai Azmin Ali yang kuat merajuk seperti kebudak-budakkan. Cuma bila Azmin merajuk hanya Anwar sahaja yang tahu memujuk!
Menurut mereka lagi, "pernah juga ada kalangan keluarga Anwar Ibrahim mempersoalkan pemberian jam tangan bernilai puluhan ribu ringgit kepada Azmin Ali oleh Anwar Ibrahim".
Mengapa Azmin Ali bimbang jika Tan Sri Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim rapat dengan Anwar Ibrahim?
Ianya satu soalan yang mudah ditanya dan jawapan nya juga mudah untuk diberikan tanpa perlu dirujuk kepada pakar-pakar penganalisis politik tempatan.
Busuk Hati! itulah dia Azmin Ali. Tanyalah kepada mana-mana ahli tertinggi PKR yang sedia ada dan yang pernah bekerja di peringkat tertinggi akan kenal dengan sikap pendendam dan busuk hati Azmin Ali.
Azmin Ali bijak bermain sandiwara dengan berlakon seolah-olah beliau sebenarnya adalah baik dan akan bersetuju apa sahaja di hadapan Anwar Ibrahim.
Namun beliau sebenar lupa bahawa sebagai ahli politik yang mempunyai nilai dan intergriti peribadi, sikap bersetuju di hadapan adalah satu sikap hipokrik semata-mata. Biarlah kita melawan kerana setiap individu ada pendirian menganai sesuatu isu. Berlawan tidak bererti kita tidak bersetuju dengan perjuangan. Berlawan di dalam politik adalah satu cara kita menegur dan bersuara untuk kebaikan semua.
Tidak ada bangkangan dari Azmin Ali sekiranya Anwar Ibrahim meletakkan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor selepas memenangi PRU-12 walaupun mengikut "seniority" Azmin Ali merasakan dia lebih layak.
Maka bermulalah perancangan dan pengaturan menjatuhkan Tan Sri Khalid.
Tan Sri Khalid yang dipanggil MB gagap oleh Azmin Alui berjaya di"damage" dan kini beliau menyandang Ketua Perhubungan Negeri Selangor. Tan Sri Khalid kini tidak berani menentang Azmin lagi. Bimbang jika seterusnya Azmin mencatur untuk beliau ditumbangkan pada pemilihan bahagian nanti. Jika Tan Sri Khalid tewas di bahagian, maka terpaksa Tan Sri Khalid melepaskan jawatan.
Tidak berguna menjadi Menteri Besar jika tidak mempunyai jawatan di dalam politik kerana asas perlantikkan MB adalah berdasarkan jawatan politik. Tan Sri Khalid kini bagaikan telor dihujung tanduk!
Gerakkan Azmin seterusnya dan paling mencabar pernah beliau hadapi ialah menjatuhkan Zaid Ibrahim, pencabar beliau untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.
Pernah seseorang memaklumkan kepada penulis, selepas Zaid Ibrahim tewas PRK di Hulu Selangor, pada malam tersebut Azmin Ali tidak bersalam dengan Zaid Ibrahim malah jelas Zaid lagi "dia tengok aku macam bagi isyarat - padan muka kau !"
Azmin Ali menggunakan jentera kerajaan Negeri Selangor untuk menjatuhkan pencabar beliau - Zaid Ibrahim. Personaliti Zaid diserang teruk dengan bermacam-macam pertuduhan dan fitnah telah dilemparkan mengenai Zaid Ibrahim.
Jika kita mengkaji beberapa bulan kebelakangan ini, punca hura hara di dalam PKR adalah sebenarnya ada bersangkut paut dengan Azmin Ali. Gerakan menjatuhkan Tan Sri Khalid telah merosakkan hubungan PKR dengan PAS Selangor. Jika tidak kerana PAS Selangor sudah tentu zaid Ibrahim akan tewas dengan majoriti 10,000 undi di Hulu Selangor.
Siapa sengaja mensabotaj Zaid Ibrahim di Hulu Selangor? UMNO dan BN?
Hanya gerakkan dari dalam parti PKR sahaja yang mampu berbuat sedemikian. Jika tidak mengapa sebanyak 15000 banner dan poster pilihanraya Zaid telah dihilangkan?
Zaid Ibrahim juga pernah diberi amaran setahun yang lepas oleh sahabat baik beliau mengenai Azmin Ali dan sambil berjenaka berkata " I'll give you one year and then you will know how is Azmin Ali"!.
Semua ahli PKR tahu bahawa Negeri Sabah menentang Azmin Ali 100%. Ahli-ahli PKR Sabah telah lama kenal sikap dan ketidak jujuran Azmin Ali. Azmin Ali sengaja mengadakan lawatan ke Sabah baru-baru ini ke kawasan dan negeri yang menyokong Zaid sepenuhnya dengan niat untuk memperkecil-kecilkan Zaid Ibrahim seperti memberitahu Zaid bahawa " you jangan ingat Sabah itu akan sokong you semuanya"!
Pendedahan bekas EXCO Wanita Keadilan Pulau Pinang mengenai kelebihan Azmin Ali yang memegang rahsia Anwar Ibrahim termasuk dari segi sumber kewangan beliau ada juga benarnya. Azmin lah yang mengatur segala persiapan Anwar Ibrahim sebelum bekas TPM itu mengadakan lawatan ke luar negeri termasuk mneyediakan persiapan tempat tinggal, kenderaan dan wang perbelanjaan.
Sukar bagi sesiapa yang hendak mempercayai mengenai watak dan sikap busuk hati Azmin Ali jika kita tidak mengenali beliau sebagaimana mereka yang pernah bekerja bersam-sama beliau. Zaid Ibrahim seperti telah tersedar siapa sebenar Azmin Ali!
Apakah Zaid Ibrahim mampu menang ke atas Azmin Ali. Dari kekuatan kewangan kedua-duanya seimbang. Namun Zaid harus mengeluarkan dari poket sendiri tetapi Azmin Ali menggunakan pelbagai peruntukkan dari Kerajaan Selangor termasuk dengan lambakan projek-projek kelas F yang ditawarkan sekarang.
Bagaimanapun Azmin Ali mempunyai satu kelebihan yang sukar ditandingi oleh Zaid Ibrahim iaitu pengaruh dan sokongan padu De-factor Leader Anwar Ibrahim. Mengapa Anwar secara terbukanya menjadi "Campign Manager" Azmin Ali? Mengapa perlu Anwar Ibrahim masuk campur di dalam urusan pemilihan parti jika benarlah beliau sering melaung-laungkan demokrasi dan ketelusan.? Adakak seperti kenyataan bekas EXCO Wanita Keadilan Pulau Pinang bahawa Azmin Ali boleh mengugut Anwar?
"Jika Anwar Ibrahim itu 1x jahat, Azmin Ali 10x jahat dari Anwar Ibrahim!" - menurut salah seorang bekas EXCO Keadilan Kedah.
Zaid Ibrahim berhadapan dengan seluruh jentera Negeri Selangor yang dipimpin oleh Azmin Ali. Zaid Ibrahim juga berhadapan dengan penyokong Anwar Ibrahim. Sesuatu yang sukar tetapi tidak mustahil untuk dilakukan. Apa yang penting, undi akar umbi yang akan menentukan kedudukan Zaid di dalam parti.
Namun bak kata Zaid Ibrahim kepada rakan beliau baru-baru ini - "I am a fighter dan saya akan melawan habis-habisan untuk polisi perjuangan kerana saya adalah seorang ahli politik"
No comments:
Post a Comment