Gangters di Selangor - siapa ahli politik dibelakang mereka?

AMAT mengejutkan apabila baru-baru ini kita didedahkan dengan maklumat yang dilaporkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang menyebut kira-kira 10,000 individu dikesan menjadi anggota rahsia lapan kumpulan yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah dan gangsterisme di Selangor.


Apa yang dilaporkan merupakan masalah jenayah yang berlaku di sebuah negeri. Bagaimana pula masalah jenayah yang berlaku dalam sebuah negara? Jika perkara ini tidak diambil tindakan dengan segera, kerisauan berlaku di benak pemikiran mengenai kemungkinan negara kita tidak lagi selamat untuk didiami disebabkan jenayah berleluasa berlaku pada setiap masa dan tempat. (sumber)

Statistik dijalankan oleh Dinesweri menunjukkan bahawa dengan kaum India mewakili 7% populasi penduduk Malaysia dan mengejutkan sebanyak 60% jenayah dilakukan oleh bangsa India dan mendiami 14% jumlah pesalah di dalam penjara-penjara di seluruh Malaysia. rekod pada tahun 1994, menunjukkan dari 377 kes pembunuhan yang telah dilakukan sebanyak 128 kes dilakukan oleh bangsa India.

Mengapa sebagai populasi minoriti, kejadian ini tidak boleh dikawal? Secara amnya, lagi kecil sesuatu populasi amat mudah untuk menyediakan kawalan dan memantau aktivit-aktiviti  sesuatu perkumpulan.

Menurut Dinesweri, tidak ada statistik tepat menunjukkan "kumpulan rahsia" (Gangs)ini memandangkan sering berlaku pertukaran dan perebutan kuasa kawasan di antara perkumpulan sulit ini. hanya yang dapat dikenal pasti oleh penulis ialah seperti yang berikut:-
1. Geng 04
2. Geng 08
3. Geng 24
4. Geng 303
5. Geng 18
6. Geng 36

Nama Gang ini diberi mengikut jumlah wang perlindungan yang dibayar oleh ahli-ahli kumpulan rahsia ini. Contohnya jika anda termasuk di dalam Geng 04 anda membayar RM4 sebulan dan begitu juga seterusnya mengikut angka Gangs tersebut.

Setiap Gang mempunyai Cabang iaitu seperti Geng 24 mempunyai cabang Ranggi 24, Satu Hati 24 dan seterusnya.

Kekuatan dan kestabilan Gang ini bergantung sepenuhnya kepada Ketua Gang dan sekiranya mereka ditangkap berkemungkinan besar Gang ini akan berada di dalam keadaan "tidur" sehingga ada Ketua baru mengambil alih.

Kebanyakkan ahli-ahli Gang ini terdiri daripada mereka daripada golongan kelas bawahan yang terasa diri mereka semakin terhimpit disebabkan oleh kemiskinan. Golongan yang kaya dan pertengahan jelas tidak membantu dari segi komitment sosial untuk bekerja bersama-sama membantu golongan yang dihimpit kemiskinan ini. Maka langkah segera keluar dari kemiskinan ialah dengan memasuki "kumpulan-kumpulan sulit" seperti Geng 24.

Tidak menghairankan ketua-ketua Gang ini rata-ratanya adalah mereka yang mempunyai kewangan yang baik hasil daripada pelbagai sumber pendapatan haram yang dijalankan dan dilindungi oleh beberapa ahli-ahli politik di kawasan masing-masing.

Namun yang pasti tidak akan berubah ialah nasib ahli-ahli geng ini yang rata-ratanya masih ditakuk lama, mengemis dari ketua-ketua mereka dengan melakukan kerja-kerja menyalahi undang-undang dan dibayar sejumlah upah yang kecil.

Yang kaya semakin kaya. Sebenarnya, golongan ini telah digunakan oleh ketua-ketua mereka untuk kepentingan dan mengumpul kekayaan mereka sendiri dan bukan untuk membantu nasib ahli-ahli mereka.

Ketua-ketua gang ini mendapat "imuniti" daripada beberapa ahli politik yang memberikan pelbagai lesen-lesen perniagaan seperti kafe siber, rumat urut, kedai-kedai telefon yang sebenarnya beroperasi sebagai pusat-pusat judi berinternet.

Aktiviti haram ini juga sukar dibendung kerana lesen-lesen yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran tempatan diberikan dengan sewenang-wenangnya. "tutup satu premis tidak menjadi masalah, buka premis lain" - ujar mereka dengan sinisnya.

Tugas penguatkuasaan menjadi sebagai satu tugas yang tidak berhenti dan meletihkan.

Jadi mengapa ada beberapa ahli-ahli politik di Selangor ini yang membela mereka? Memberikan pelbagai lesen perniagaan yang sebenarnya mereka sendiri tahu akan disalahgunakan.

Tujuannya jelas iaitu menggunakan kumpulan rahsia ini untuk pelbagai agenda peribadi ahli-ahli politik tersebut samada dari mengukuhkan kewangan peribadi, mengukuhkan kedudukan sedia ada dan menggunakan perkumpulan rahsia ini untuk mengucar-kacirkan keadaan.

Sebenarnya, yang paling bersalah di dalam kes-kes sebegini ialah ahli-ahli politik. Berpura-pura baik dihadapan pengundi mereka. Perwatakkan jahat mereka yang sebenarnya hanya dikenali oleh ketua-ketua kumpulan sulit ini.

Ketua-ketua ini telah diarahkan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan haram, menakut-nakutkan musuh ahli-ahli politik tersebut sebagaimana yang telah dialami oleh MP Kapar sewaktu mendedahkan dan membongkar salah guna kuasa di dalam pengurusan pasir.

Kebiasaannya ahli-ahli politik ini berurusan dengan orang yang dipercayai sahaja yang kemudian diberikan perlantikkan sebagai Ahli Majlis Perbandaran serta jawatan-jawatan lain di dalam parti walaupun pada asalnya mereka bukan ahli parti politik tersebut. Ahli Majlis tersebut menjadi pengantara diantara ahli politik tersebut dengan ketua-ketua kumpulan rahsia ini.

Pihak polis mesti menyiasat hubungan setiap wakil rakyat dinegeri ini dengan kumpulan-kumpulan rahsia ini. Pasti terdapat beberapa individu yang sudah terang-terang boleh dikenal pasti mempunyai persamaan seperti yang dinyatakan di atas.

Penyelesaian kepada gangterisme di Selangor tidak akan berhasil hanya dengan menangkap ketua-ketua kumpulan ini tetapi juga kesemua mereka yang terbabit dan mempunyai hubungan.

Sebagai ahli politik mereka juga tidak lepas dari peruntukkan undang-undang- sumbat sahaja ke Simpang Renggam seperti rakan kongsi (partner's in crime) mereka.

No comments:

Post a Comment