Pendedahan Ramlan Abu Bakar Ditawar habuan Oleh Azmin Ali

oleh Suara Ampang Point

KLIK SINI untuk mendengar pengakuan Ramlan Abu Bakar melalui telefon yang dirakam

AMPANG 30 Sep- Mengejutkan! Bekas Ketua Reformasi Malaysia, Ramlan Abu Bakar yang pernah mengetuai demostrasi "Skuad Bogel" yang dibuat di hadapan pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membuat pengakuan melalui telefon yang dirakamkan bahawa beliau telah diberikan habuan oleh Azmin Ali berbentuk tapak perniagaan pasar malam (uptown) sebagai ganjaran bekerjasama menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pembaca boleh mendengar sendiri pengakuan yang dibuat melalui youtube yang disertakan di laman blog ini.

Pendedahan ini dibuat oleh bekas ahli MPT Keadilan yang juga merupakan salah seorang pengasas Parti Keadilan iaitu Ng Lum Yong.


Ramlan sendiri menceritakan kenapa Azmin tidak menyukai Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri besar Selangor dan Azmin sendiri yang menyalurkan dokumen rasuah Tan Sri Khalid kepada beliau untuk digunakan menjatuhkan Menteri Besar Selangor itu.

Jika ini benar berlaku dan kesahihan pengakuan dari Ramlan sendiri, maka WAJIB Azmin Ali memohon maaf kepada seluruh ahli-ahli Parti Keadilan dan rakyat Selangor khususnya kerana beliau telah memainkan peranan merosakkan imej Menteri Besar Selangor.

Jika pengakuan ini benar, yang paling malang sekali ialah Parti Keadilan Rakyat sendiri apabila ada ahli majlis tertinggi parti yang bertindak "menikam dari belakang" rakan seperjuangan demi agenda politik peribadi.

No comments:

Post a Comment