Pembunuh Dato Sosilawati - PKR bela kepala samseng lagi?


MR PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN (NRIC NO : 690211-10-5525) Mr Pathmanabhan a/l Nalliannen Mr Surendren a/l Nalliannen
Practising at : M/s Pathma Nalli & Partners No. 198, Jalan Sultan Abdul Samad 42700 Banting Selangor
Sumber: FB Ramesh R Krishnan Naidu /Pria Malaya

Selain itu, menurut sumber polis, dua beradik berkenaan pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Majlis Peguam Malaysia, tiga tahun lalu iaitu mulai 9 Mac 2007 sehingga 30 Mac 2008.

"Kedua-dua mereka bersama seorang lagi proksi dikenakan tindakan tatatertib di bawah Perkara Akta Undang-Undang Profesyen 1976.

"Tindakan ini menyebabkan Datuk berkenaan dan adiknya tidak layak untuk menjalankan amalan guaman dan menawarkan khidmat guaman kepada orang ramai," katanya.

Menurut sumber itu lagi, adik Datuk itu pula pernah dikaitkan dengan tiga tuduhan kes pecah amanah membabitkan pertukaran hak milik tanah yang dimiliki seorang wanita bernilai RM200,000 pada akhir tahun lalu.

Beliau berkata, kes tersebut menyebabkan dia dihadapkan ke mahkamah pada awal Ogos lalu.

"Suspek didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda.

"Dia bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 20 September ini," katanya.

Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pembunuh profesional atau kumpulan samseng dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Pembunuh profesional atau kumpulan samseng itu dikatakan bekerjasama dengan dua peguam adik-beradik yang ditahan sebagai suspek utama termasuk salah seorangnya bergelar Datuk bagi melakukan pembunuhan kejam itu sebelum membakar mayat mereka.

Menurut sumber, siasatan juga mendapati Datuk itu pernah memberi bantuan guaman kepada pertubuhan haram Hindraf dan menjadi ahli seumur hidup kepada Parti Keadilan Rakyat

Malah, dia juga dikatakan bijak menarik perhatian masyarakat menyebabkan firma guamannya menjadi popular dan ramai pelanggan berminat mendapatkan khidmat termasuk golongan kenamaan.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.

Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

Mengapa sering kumpulan samseng terbukti mempunyai kaitan dengan Parti Keadilan Rakyat. Adakah PKR membela kumpulan samseng bagi mudah untuk membuat huru-hara di dalam negara?

Pathmanabhan a/l Nalliannen rekod yang buruk berkaitan dengan unsur-unsur penipuan dan mempunyai keahlian seumur hidup di dalam Parti Keadilan Rakyat.

Jelas, PKR tidak menghirau latarbelakang individu-individu yang berkepentingan kepada mereka asalkan golongan ini boleh dipergunakan untuk menjalankan agenda mengkucar-kacirkan negara.

Perlantikan Soorya Ahli Majlis MPAJ telah dibuat walaupun PKR sedar tentang latarbelakang Soorya yang mempunyai hubungan baik dengan kumpalan samseng. Maka perlantikkan Soorya dilihat sebagai mempunyai kepentingan kepada PKR.

No comments:

Post a Comment