KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tiga tuduhan termasuk mengugut dan menyebarkan lima gambar bogel seorang setiausaha.
Izzuddin Che Din, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani.
Izzuddin didakwa mengugut untuk menyebarkan gambar bogel Zainoriah Din, 41, melalui satu panggilan telefon kepada mangsa pada pukul 1.23 pagi, 14 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Segar, Cheras di sini.
Dia juga didakwa melakukan perbuatan yang serupa terhadap mangsa tersebut pada pukul 6.11 petang, di tempat yang sama sehari selepas kejadian pertama.
No comments:
Post a Comment