Apa Nak jadi ni YB Zuraida - Daerah Ampang syurga kaki judi?

UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – ‘Syurga’ bagi kaki judi. Begitulah ibaratnya kawasan Ampang kini sehingga ada yang menggelarnya sebagai ‘mini Genting Highlands’.

Ia berikutan kegiatan judi Internet yang dikatakan begitu aktif di kawasan tersebut.

Sebut apa sahaja jenis permainan judi yang dikehendaki pelanggan, pasti impian mereka tidak dihampakan.

ASEAN Casino yang terdapat di premis-premis berkenaan menjadi tarikan kaki judi kerana menyediakan lebih 50 jenis permainan judi termasuk roulette, slot games, black jack, baccarat dan jackpot.


Premis-premis judi ini juga dikatakan mengaut kira-kira RM20,000 hingga RM25,000 sehari hasil daripada aktiviti judi tersebut.

Hasil tinjauan mendapati tuan-tuan punya pusat snuker dan kafe siber secara terbuka menyalahgunakan lesen perniagaan dengan menawarkan permainan judi Internet kepada pelanggan-pelanggan.

Bagi melihat sendiri operasi judi Internet itu, penulis telah menyamar masuk sebagai pelanggan ke beberapa premis di Pandan Indah, Pandan Perdana dan Pandan Mewah, baru-baru ini.

Hasil tinjauan itu agak mengejutkan penulis apabila mendapati salah sebuah pusat snuker yang menjalankan aktiviti haram tersebut hanya terletak kira-kira 100 meter dari Balai Polis Pandan Perdana.

Terdapat lima meja snuker di tingkat bawah premis tersebut manakala di tingkat atasnya pula terdapat 18 buah komputer yang digunakan untuk permainan judi Internet.

Setiap pelanggan yang masuk akan diawasi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis tersebut.

Selain CCTV, premis berkenaan turut dikawal oleh bouncer-bouncer warga asing yang bertubuh tegap dan berwajah garang.

Hanya juruwang sahaja yang mesra dengan pelanggan-pelanggannya yang kebanyakannya berusia awal 20-an.Ia berikutan kegiatan judi Internet yang dikatakan begitu aktif di kawasan tersebut.

Sebut apa sahaja jenis permainan judi yang dikehendaki pelanggan, pasti impian mereka tidak dihampakan.

ASEAN Casino yang terdapat di premis-premis berkenaan menjadi tarikan kaki judi kerana menyediakan lebih 50 jenis permainan judi termasuk roulette, slot games, black jack, baccarat dan jackpot.

Premis-premis judi ini juga dikatakan mengaut kira-kira RM20,000 hingga RM25,000 sehari hasil daripada aktiviti judi tersebut.

Hasil tinjauan mendapati tuan-tuan punya pusat snuker dan kafe siber secara terbuka menyalahgunakan lesen perniagaan dengan menawarkan permainan judi Internet kepada pelanggan-pelanggan.

Bagi melihat sendiri operasi judi Internet itu, penulis telah menyamar masuk sebagai pelanggan ke beberapa premis di Pandan Indah, Pandan Perdana dan Pandan Mewah, baru-baru ini.

Hasil tinjauan itu agak mengejutkan penulis apabila mendapati salah sebuah

pusat snuker yang menjalankan aktiviti haram tersebut hanya terletak kira-kira 100 meter dari Balai Polis Pandan Perdana.

Terdapat lima meja snuker di tingkat bawah premis tersebut manakala di tingkat atasnya pula terdapat 18 buah komputer yang digunakan untuk permainan judi Internet.

Setiap pelanggan yang masuk akan diawasi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis tersebut.

Selain CCTV, premis berkenaan turut dikawal oleh bouncer-bouncer warga asing yang bertubuh tegap dan berwajah garang.

Hanya juruwang sahaja yang mesra dengan pelanggan-pelanggannya yang kebanyakannya berusia awal 20-an

No comments:

Post a Comment