Kenapa Umno setinggan?

by Tok Nujum

SEORANG Pegawai Tadbir dan Diplomat (PTD) dari Kementerian Pertahanan semalam mendakwa bahawa wujudnya penyalahgunaan kuasa dalam penempatan di tiga hingga empat kuarters tentera, Ampang.

Beliau yang enggan namanya diketahui umum berkata, kuaters yang ditinggalkan oleh tentera tersebut sepatutnya dihuni oleh para pegawai kementerian yang bukan anggota tentera.


Bagaimana pun, beliau mendakwa, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah membenarkan segelintir pemimpin Umno Bahagian Ampang yang bukan penjawat awam di Kementerian menghuni berbelas unit rumah di kuarters tersebut.

Mereka yang terbabit menghuni di kuarters yang terletak berdekatan Wisma Risda, menurut beliau, termasuk Ketua Pemuda UMNO Ampang Safarizul Mustafa.

Wartawan kemudiannya cuba menghubungi pemimpin Umno terbabit untuk mendapatkan maklum balas lanjut, namun gagal.

Pun begitu, seorang exco Pemuda Umno Ampang yang enggan namanya diketahui, ketika dihubungi kemudian, seakan membela Ketuanya, Safarizul.

Sekiranya dakwaan pegawai PTD terbabit ternyata berlaku di bekas kuarters tentera tersebut, Ahmad Zahid dijangka bakal menghadapi kritikan rakyat dan pembangkang kelak. -END

No comments:

Post a Comment