Semboyan telah berbunyi..menuju medan bakti! Bila Najib Razak umumkan pembubaran parlimen pada 11:30pagi 3hb April 2013, apa yang ditunggu-tunggukan telah tiba. Macam pengumuman tarikh nak raya aje berdebar-debar semua menunggu dan tak kurang juga ramai kaki judi di Ampang ni yang kalah judi apabila rata-rata hilang wang pertaruhan di dalam memperjudikan tarikh pembubaran Parlimen Malaysia.
Hampir 5 hari penulis meronda di kawasan Parlimen Ampang cuba mendaptkan berita terbaru mengenai suasana pilihanraya baik di kem Umno, PKR dan Pas yang penulis sempat berjumpa, rata-rata berceritakan perkara yang sama iaitu CALON!