Luahan ibu: Ramai yang marah pada Azmin Ali...juga tegur Wan Azizah suruh jumpa ibu


Ini Azmin Ali kena sendiri mau ingat.Nyata ramai sekali orang yang marah pada isu keluhan ibunya.
Kesimpulan ini dapat dilihat dari komen-komen pada video yang disiar Agendadaily pagi Ahad dimana Tinbalan Presiden PKR ini  selamba kata isu itu kerana pilihanraya sudah dekat dan ia fitnah UMNO.
Azmin memberi reaksi ringkas semasa Agendadaily menemui beliau untuk mengulas mengenai luah rasa ibunya yang mencuri perhatian ramai terhadap sikapnya sebagai seorang anak.

Kata whutthefrog..Sedarlah Azmin. U've gone so far away! Please, come back to ur mom. Takda kena mengena UMNO ke fitnah ke apa. Itu mak kau. Dia takda baca script yang UMNO buat de. Bodoh sangat ke mak kau nak ikut telunjuk UMNO? This is not about politics! This is about family. And wtf kau nak comment pilihanraya2 ni, pakai otak weh nak jawab soalan. Jangan jadi lembu ikut orang tarik hidung kau tu. Tak kemana kalau kau tak dpt keberkatan seorang ibu. Think wisely, syurga kau bukan bawah kaki Anwar tapi MAK kau!
Dalam pala dia asyik igt pilihan raya ja..sampai mak kandung sndri pun dia xingt dah..apa nak jadila..moga Allah bg dia kesedaran dan petunjuk..ibu harus di utamakan.. kata airielana

Kenapa tak explain? Betul ke tak dia xpernah balik rumah? At least explain, clearkan nama engkau. Tak kan ibu kau menangis kau xsedih? Kau nak cakap air mata ibu kau tu fitnah ke?  kata atkaJ


Aku tak marah mamat ni...sebab dia memang takda otak tapi aku marah boss dia. .ANUAR B. BERAHIM...kata azmyfx

Satu perkembangan menarik juga timbul pagi Isnin bila Azmin dalam twitternya kata  : Kenyataan Dr. Wan Azizah perlu penjelasan cermat.Terdedah kepada persepsi yang kurang baik.

Bunyi macam beliau kurang senang dengan kenyataan Presiden PKR itu pada wartawan di Shah Alam Sabtu malam  yang berkata beliau meminta Azmin pergi bertemu ibunya.

Dalam pada itu berbeza hari-hari ini,pagi Isnin Azmin nampaknya agak lain macam punya rancak di twitter beritahu melawat sini melawat situ...program itu..program ini.

Mungkin nak tunjuk pada dunia,sekalipun hadapi krisis peribadi...tetapi business as usual.

Sementara itu pagi Isnin baru Azmin mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi laman blog rasminya untuk mengulas luahan ibunya itu.
Dalam kenyataan itu Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa,Selangor itu mendakwa beliau tidak pernah derhaka pada ibunya.
Juga sekalipun yang semua orang dengar cakap itu adalah ibunya sendiri...Azmin dalam ayat biasanya tetap minta UMNO tidak ganggu ibunya.

No comments:

Post a Comment