Premis judi besepah di Ampang - YB Zuraida & kroni tlg jawab

Kosmo - Negara Rabu 8 September 2010- Zulkifli Mansor

Beroperasi di sebalik nama perniagaan berlesen

AMPANG- Beberapa premis judi berkomputer yang dipercayai beroperasi secara haram di sekitar Ampang Jaya didapati berselindung di sebalik perniagaan berlesen bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Tinjauan Kosmo! di beberapa buah premis terbabit semalam mendapati ada di antara premis judi itu menggunkan lesen perniagaa makanan dan telefon bimbit sehingga menyukarkan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas mereka.

Difahamkan, premis-premis judi berkomputer yang beroperasi di kawasan awam dan kawasan perumahan itu memperolehi sekurang-kurangnya RM5,000 sehari hasil daripada kegiatan tersebut.

Melalui pemerhatioan Kosmo! terdapat sekurang-kurangnya lapan buah premis perniagaan yang menjalankan aktiviti judi berkomputer secara terbuka di dearah berkenaan dan ada di antaranya beroperasi berhampiran dengan kawasan sekolah.


Salah seorang pengendali premis judi yang sempat ditemui oleh wartawan Kosmo! memberitahu, mereka memperoleh sekurang-kurangnya RM5,000 sehari hasil daripada kegiatan tersebut.

Dia yang enggan dikenali menafikan ada membenarkan pelajar sekolah memasuki premis mereka, tetapi siasatan Kosmo! mendapati beberapa remaja bawah umur turut berada di dalam premis berkenaan pada waktu siang.

"Kita untung tidak banyak. Hasil tidak menentu dan pelanggan kami ada Melayu, India dan Cina, " jelasnya.

Kegiatan tersebut mengundang keresahan orang ramai apalagi jika bilangan premis judi di daerah itu bertambah ekoran pihak berkuasa sukar mengesan aktiviti mereka.

Timbalan Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Hulu Langat, Tengku Hamid Tan Sri Ismail berkata, belaiu pernah mengadukan hal tersebut kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), tetapi premis-premis terbabit masih beroperasi sehingga kini.

Menurutnya, MPAJ mengesahkan kepada beliau bahawa premis-premis judi tersebut beroperasi secara haram, tetapi MPAJ tidak dapat mengambil tindakan kerana premis judi itu akan ditutup setiap kali serbuan dijalankan.

Justeru, beliau mengesa pihak berkuasa bertindak lebih tegas kerana khuatir bilanganya akan bertambah selain bimbang pembabitan pelajar-pelajar sekolah dalam kegiatan judi kerana ada di antara premis judi itu terletak berhampiran dengan kawasan sekolah.



Komen Suara Ampang Point:

Suara Ampang Point pernah mendedahkan hubungan baik YB Zuraida dengan Soorya Ahli Majlis MPAJ yang dikaitkan dengan kegiatan kongsi gelap.

"Adakah YB Zuraida sengaja mendiamkan, halalkan perbuatan dan tindakan Soorya semata-mata nak jaga hubungan baik dia dengan "pet" YB Zuraida." - ujar seorang penduduk Ampang yang kecewa dengan sikap YB Zuraida walau beberapakali soalan ini telah diajukan kepada YB Zuraida namun masih tidak ada apa-apa tindakan diambil.

"Sebelum ini saya beberapakali telah mengadu kepada MPAJ mengenai terdapat beberapa kedai disekitar Ampang Jaya beroperasi disebalik kedai telefon sebaliknya buat kedai judi haram dan tiada sebarang tindakan diambil oleh MPAJ"- tegas seorang penduk di Ampang Jaya

No comments:

Post a Comment