Azmin Ali & Zuraida - YB Yang Bangsat

Oleh Suara Ampang Point

".... mungkin juga YB Aiskrim sedang sibuk menepis masalah aiskrim yang kadang-kadang cepat cair dan YB Mak Lampir tengah sibuk mengira kutu dikepala yang membuatkannya mengilai ditenagh-tengah malam" 

Irene Ferdandez yang mengepalai NGO Tenaganita sekali lagi seronok melakukan provokasi apabila secara sedar dan sengajanya memfitnah dan memburukkan negara ini di Indonesia. Kenyataan berbaur hasutan di Jakarta Post secara sinisnya mengatakan Malaysia bukanlah pilihan utama untuk sektor pekerjaan dikalangan warga Indonesia sememangnya berniat jahat mahu memecahbelahkan hubungan baik kedua-dua negara.


Beliau sedar bahawa kenyataan sebegini sememangnya boleh mencetuskan suasana demostrasi kepada rakyat Indonesia yang telah diberikan persepsi yang tidak tepat. Mungkin beliau juga suka melihat kedutaan malaysia di Indonesia dibaling dengan najis manusia dan melihat rakyat Indonesia berdemonstrasi di hadapan kedutaan lansung menjalankan Ganyang Malaysia.

Namun tidak terkejut dengan tindakan Irene kerana beliau sememangnya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan penentang agama islam iaitu Ambiga yang juga berkahwan rapat dengan Anwar Ibrahim yang secara serupanya juga menjalankan kerja yang sama memburukkan negara ini di mata rakyat Indonesia.

Belum pernah ada mana-mana pemimpin politik negara baik di pihak pembangkang dan kerajaan sebelum ini yang sengaja memburukkan negara ini di pentas antarabangsa bagi mendapat perhatian dan mengalih rakyat dari isu peribadi.

Apapun Irene dan Ambiga mempunyai agenda tertentu terhadap perlembagaan di negara ini dan Anwar Ibrahim bijak menghidu peluang ini mempergunakan kedua-duanya bagi terus memberikan persepsi salah dikalangan rakyat Indonesia mengenai Malaysia.

Namun, kami masyarakat di Ampang ini melihat tindakan berdiam diri oleh YB Azmin Ali (YB Aiskrim) dan YB Zuraida (YB Mak Lampir) terhadap kenyataan hasutan Irene jelas juga menunjukkan kedua-dua mereka lansung tidak mempunyai semangat patriotisme apatah lagi nasionalis terhadap kemerdekaan dan kedaulatan negara bernama Malaysia.

Mungkin ada kebenaran kedua-dua mereka tidak nasionalis kepada Malaysia jika kita melihat semula latar belakang kedua-dua YB yang pernah duduk dan belajar di Singapura dalam tempoh yang agak lama. Mungkin ideologi PAP (People Action Party) yang tidak bersetuju dengan Perlembagaan Malaysia telah menebal dijiwa mereka dan tidak mustahil juga mereka tidak memahami lansung apa sebenarnya kemerdekaan kepada negara ini sehingga membiarkan negara jiran menyentuh apa yang terkandung di dalam perlembagaan kita sebagai tidak demokratik.

"Mana pergi YB Mak Lampir? Tak naik hantu ke atau buat demo serang Irene? Ohhh.. terlupa aku yang Mak Lampir tak suka naik hantu dengan geng sendiri maklum le Mak Lampir dan naik hantu dengan Puntianak (Irene) mana boleh pergi!" ujar salah seorang pemerhati politik di Ampang.

Mungkin juga mereka takut diherdik oleh bos mereka yang mungkin juga ada peranan di dalam mengarahkan Irene memberikan kenyataan yang sebegitu rupa buruknya? 

Atau mungkin juga YB Aiskrim sedang sibuk menepis masalah aiskrim yang kadang-kadang cepat cair dan YB Mak Lampir tengah sibuk mengira kutu dikepala yang membuatkannya mengilai ditenagh-tengah malam.

Walau apa jua yang difikirkan mereka, Suara Ampang Point lebih suka mengelarkan kedua-dua YB ini sebagai Yang Bangsat

No comments:

Post a Comment